WeLcOmE To My BlOg

jangan segan2 untuk membaca dan tinggalkan komen....!

Assalamualaikum

Saturday, October 27, 2012

Tanggungjawab siapa..?

Assalamualaikum w.b..

Semalam aku, pakcik aku (2 orang) dan tunang pakcik aku serta 2 orang anaknya pergi rumah mak ngah kat Pekan Nenas. Pakcik aku yang sakit jiwa tu (Pak Tuah), katanya nak tinggal kat rumah mak ngah aku dalam seminggu.. so, kami yang lain2 pun balik la ke rumah masing2, tinggalkan dia kat rumah mak ngah..

Ingatkan betul la nak stay seminggu kat sana, tau2 pagi tadi dia dah merengek nak balik rumah.. sepupu aku yang kerja kilang tu cakap dia melalak (nangis) nak balik.. so, tadi dalam pukul 8:30 malam, sepupu aku hantar dia balik semula kat rumah.

Aku rasa tak sedap hati pulak bila fikir bulan 12 nanti pakcik aku nak kawen. Dibuatnya pakcik aku nak pindah rumah bini dia, camne dengan pak tuah..? silap hari bulan dia tetap nak balik rumah sekarang ni.. Takkan la pakcik aku nak stay rumah ni kalau dah kawen nanti, baik tak payah kawen kalau tinggal asing2..

Dan yang paling aku nak elakkan ialah bila pakcik2 dan makcik2 aku yang lain nak bagi (lepaskan) tanggungjawab jaga pak tuah kat aku.. hello, aku TAK NAK. Cukup2 la.. aku tahu aku memang nampak pentingkan diri sendiri..nak lepas tangan. Aku tak kisah orang nak fikir apa..

Aku tak boleh nak tipu diri aku sendiri.. aku dah tawar hati nak jaga pak tuah sejak aku dipersalahkan masa dia dihantar ke Hospital Permai.. aku jaga dia elok2, bila dia bermasalah, aku kena pukul, pastu dia di hantar kat hospital permai tu, sesedap rasa je nak salahkan aku.

baik2 aku ikhlas je masa tu nak jaga dia, terus tawar hati aku.. sejak hari tu, aku memang tak ikhlas. kalau bukan kerana aku hidup menumpang je kat rumah pakcik aku tu, dah lama aku tolak tanggungjawab jaga pak tuah tu macam pakcik2 dan makcik2 aku yang lain..

aku dah cukup bersabar selama ni.. aku harap bila pakcik aku kawen nanti, aku dah habis belajar, aku akan cari tempat tinggal kat jb, dan hidup bebas.. aku nak plan hidup aku.. aku perlukan masa untuk diri aku sendiri.. yang aku tahu aku nak keje, beli kete, beli rumah macam org lain jugak.. kalau jodoh dah sampai aku kawen.. kalau x, aku membujang la sampai aku mati..

ok, aku dah malas nak tulis.. the end, bye..

Saturday, July 14, 2012

Kita tau apa yg awk rasa...

Tadi kte baca blog awk..


sedih...awk wat kte nanges jugak...:'(

dlu kte pun rse camtu ngan ayah tiri kte..

dia malu nk bwk kte gi mne2..

ble org tanye anak sape, dia ckp kte anak mak kte ngan 'org dlu'..

xtau nk ckp cmne..

sedih n jeles teramat ngan org lain..

bila dah besar cket, sampai la skrg, ble dia ckp psal kte kat org lain, dia ckp kte anak tiri dia..

sebab tu smpai skrg kte mesti ckp dia ayah tiri walaupun rmai jugak org yg question kenapa tak panggil ayah je..

sebab tu gak kte selalu ckp kte xde umah..ada umah ayah tiri ngan umah pakcik je..

sbb kte rse kte mmg menumpang je kat umah dia..


Thursday, July 5, 2012

Syarat LLB

Assalamualaikum w.b...

Semalam gayut ngan Ridz, dah bual panjang lebar tu biase la, macam-macam topik yang dibualkan termasuklah bab nikah kahwin..hoho.. 

The best part is that Ridz suruh aku mohon keje kerajaan. 

Then aku cakap kalau dah dapat keje kerajaan nanti camne nak sambung belajar LLB, mesti lambat. 

Ridz cakap takpe la kalu lambat sambung LLB pun.. 

Aku pun balas, kalau lambat LLB maknanya lambat lagi la kawen kan.. 

Tapi Ridz kata kalau dah masuk government, takpelah...kan dah terjamin masa depan...(maksudnye boleh kawen la....). Kalau lepas kawen baru nak sambung LLB pun takpe.. 

Tapi aku cakap nanti susah, mana nak urus suami, mana nak urus anak (bajet dapat anak cepat...ko ingat bunting pelamin apa...ok, mengarut..!), mana nak belajar lagi...

so aku rasa aku akan sambung LLB secepat mungkin (bila financial mencukupi la), yang penting sebelum aku ada anak... huhu..


Kesimpulannya, ada 2 pilihan:-

1. Keje gov dan sambung LLB bila2 masa pun.
2. Sambung LLB dan boleh jd lawyer atau keje gov.

Syarat LLB sebelum kawen dah takde...^^

Wednesday, July 4, 2012

Puisi: Ridzuan..12 February 2012



Ridzuan

Satu nama yang kini menghuni kamar sunyi hatiku

Nama yang saban hari meniti di bibir tanpa jemu

Menghimpun segunung rindu yang tak mahu berlalu

Menghunus bilah cemburu yang menikam kalbu

Meragut sedikit demi sedikit keterbukaan hati menerima qadar yang satu

Mencantas ranting usahaku untuk terus menjauh

Membekas luka yang entahkan sembuh

 12 February 2012, 5:44pm

Ingat lagi tak pada puisi ni.. Puisi ni saya tulis khas untuk Mohd Ridzuan Mohamad Zait.. Love you so much... <3

Sunday, July 1, 2012

Mengidam....! Happy...!

Assalamualaikum w.b...

Okay, entri hari ni nak citer psal makanan pulak... asyik citer cinta je kan.., nanti bosan pulak... citer cintan-cintun ditangguhkan dulu...lagipun dah ada blog baru khas untuk cerita cinta aku...hehe.. lau rasa hati cukup kental nak baca, baca la..cari sendiri k blog tu... malas nak promote sbb cintun sgt.. segan pulak rasanye...

Berbalik kepada cerita asal, tajuk entri pun 'Mengidam...!', pertama-tama aku nak bagitahu berita gembira...cewah... cuba teka... Salah...! Aku tak mengandung, ok..! Haha...terasa diri sangat psycho hari ni... hahahaha

Hari ni aku happy sebab dapat makan nasi ayam penyet wong solo...dah 3-4 hari jugak aku mengidam nak makan, akhirnya dapat jugak... sedap....nyum3...

Nasi ayam penyet Wong Solo

Aku tak tahu la sejak bila menu nasi ayam penyet ni jadi antara menu kegemaran aku... sejak aku makan kat wong solo kot...aku pun tak pasti... yang aku tahu, sampailah aku balik ke johor, pantang nampak menu nasi ayam penyet, tulah yang aku order... kadang2 sedap, kadang2 cam hampeh..

Sebenarnya bukan tu je yang buat aku happy...aku happy sebab dapat kuar dengan kawan aku..kawan kedua aku kat uitm... dah lama rasanye tak kuar sama2...maklum la, dia cbuk ngan kelas, aku pulak dok terperap dalam bilik je..asyik tido dan on9.. aku tak suka rutin harian aku tu tapi tu la yang aku buat hari2... pelik x? huhu

Okay la, tu je nak bagitahu... AKU HAPPY...! :)

Sekian, Wassalam....

Monday, June 25, 2012

Rindu En.Lebah..^^

I miss you so much...!!!


Thursday, April 12, 2012

Touching

Assalamualaikum w.b...

Baru lepas ber'gayut' ngan Ridz. Malam ni Ridz akan bertolak ke Kuala Lumpur. Entah kenapa rasa sayu sangat-sangat. Belum pun dia pergi, aku dah rindu sangat-sangat kat dia. Rindu separuh mati.. Berderai air mata. Terasa begitu murah air mata aku untuk dia yang bernama Mohd Ridzuan. Ya Allah, terasa berat sungguh untuk melepaskan dia pergi ke KL. Bila dia cakap dia nak berangkat je, tetiba terus rasa sedih dan tak dapat tahan air mata dari jatuh. Makin ditahan makin deras mengalir. Yang paling 'touching' tu bila dia start berpesan macam2 kat aku. Aku tahu dia sayang aku. Sungguh, aku sangat-sangat hargai. Ya Allah, lindungilah dia...Betapa besarnya kasih dan sayang aku untuk dia. Ya Allah, satukanlah kami...AMIN.



Monday, April 9, 2012

Jumpe pon...!

Assalamualaikum w.b..

Semalam ada satu berita yang agak menggerunkan pemilik rambut panjang sedunia.. (over la pulak). One of my roommate telah dijangkiti kutu hasil kerja yang melibatkan kanak-kanak tadika.. Waaaaa....risau giler... takut jangkit kat aku pulak.. My other roommate pun risau gak sebenarnye sebab dia ngan dak tu tidur dekat2...satu tilam...potensi dijangkiti tu memang besar. So, disebabkan risau kemungkinan dijangkiti tu, aku ngan dia sepakat singgah kat kedai Hadiah Ku untuk mencari sikat kutu..



Tapi, seawal aku menjejakkan kaki ke dalam kedai tu, bukan sikat kutu yang aku cari dulu, tapi something else. Hehe..akhirnye terpikat dan terus beli sebab rasa berbaloi. Memang dua tiga hari ni aku ada survey online pasal benda alah tu dan tak sangka, jumpa pulak benda tu kat kedai Hadiah Ku. So, aku pun taknak lepas dah benda tu. Lepas tu, barulah aku cari sikat kutu dan nasib baik memang ada dijual kat kedai tu.. Bagus betul la kedai Hadiah Ku ni... Tau je cara nak bagi aku spend duit aku. Tau je dia goda aku yang kedekut ni..bak kata Ridz aku ni 'kemut'. Dia kata kemut tu kedekut tapi aku selalu fikir kemut yang lagi satu tu...haha... What a dirty mind I have... hoho

Ok, forget that part.. bila dah sampai rumah, dengan berkobar-kobar dan penuh kerisauan terus ambil kain tudung putih, bentang kat bawah dan mulakan operasi menyikat rambut.. Alhamdulillah, takde...! Yeay....! Masih bebas dari sebarang jangkitan...hehe... Lega sangat walaupun tak sepenuhnye...huhu

Ok la, sebenarnye tu je nak gitau...

Sekian..:)

~Salam~

Sunday, April 8, 2012

Rindukan Si Dia..

Assalamualaikum w.b..

Beberapa hari yang lepas, aku beli sesuatu yang selama ni aku tak terfikir pun nak beli.. Sebelum ni aku rasa beli barang-barang couple ni macam entah pape je.. tapi sekarang, bila dah kenal erti cinta tu, barulah rasa benda-benda alah tu semua sweet... manis semanis madu tapi bukan bermadu... hurm, kenapa manis seperti madu dan bukan gula? coz I'm his Honey and not sugar... ^^

Berbalik kepada benda alah yang aku beli tu, aku beli benda ni la...( rujuk gambar di bawah)



Satu aku akan guna dan satu lagi aku akan bagi pada Ridz. Harganya tak seberapa tapi sangat comel.. Jumpa nanti aku akan bagi.. Kami rancang nak kuar bersama 22hb ni... Moga-moga takde halangan. Aku dah minta kebenaran daripada pakcik aku dan Alhamdulillah, dia bagi kebenaran. Bukan senang tau nak dapat kebenaran pakcik aku yang sorang tu. Dengan mak aku pun aku dah bagitau dan minta izin dan seperti yang dijangka, mak aku pun tak halang. Janji pandai jaga diri.

So, 22hb ni, selain mug tu aku bagi sebagai tanda kami saling sayang, ia juga sebagai hadiah hari jadi Ridz 24hb ni.. Sejujurnya aku nak bagi sesuatu yang lebih berharga tapi keadaan ekonomi tak mengizinkan. So, hanya mug yang aku mampu bagi. Harap-harap dia suka. Yelah, aku ni bukan reti sangat nak beli hadiah untuk lelaki. Dari dulu sampailah sekarang memang pening bila fikir nak bagi hadiah pada lelaki. Nak beli jam, dia dah ada jam. Nak beli tali leher, dia tak pakai jugak. Nak beli teddy bear, macam perempuan pulak dah. Lagipun aku rasa ramai dah kawan-kawan dia bagi teddy bear. So, solution terakhir nampak mug for couple. 

Hurm...tak sabarnye nak jumpe Ridz.. Tadi call dia.. cakap2 psal bevday dia, tapi tetibe dia tanye psal satu tarikh tu...tak suke....! Dah, majok...! Taknak tulis lagi... taknak kejut hari Selasa.. Tak suke tak suke tak suke...! Boikot satu minit...!

Ok...dah satu minit, rindunye kat dia....! Cepat la masa berlalu...supaya dapat ku bertemu kamu...huhu

Friday, April 6, 2012

Hari Kita...26 Februari 2012 ( Bahagian 2)

---sambungan--

Assalamualaikum w.b...



Alhamdulillah...hari ni aku masih bernafas dan berpeluang lagi meng'update' blog aku yang agak kucar-kacir ni... Perasan tak kat sebelah kiri bahagian atas blog aku ni ada benda alah 'myJodoh'..? Itu bukan aku yang sengaja letak tau... aku pun tak tahu macam mana boleh jadi macam tu.. Ok, enough with that 'thing', let's move on to the main topic as entitled above.

Hurm, untuk pengetahuan pembaca (ada ke yang baca..?), aku ni tak pernah kuar dating.. kalau aku kata tak pernah kuar dengan lelaki tu nampak benor la nipunye kan.. Penah la jugak keluar jumpa lelaki beberapa kali tapi bukan 'dating'.. Yang pertama dlu, jumpe depan sekolah je, cakap2 cket blah..yang kedua jumpa kat Pontian depan kedai yang belum dibuka..dia dalam kete, aku kat luar...(dia ajak masuk tapi aku segan nak masuk sebabnya dia pakai seluar pendek paras peha je masa tu..so, aku kat luar je). Pastu dia nak balik sebab tak solat lagi.. Yang ketiga pulak aku bawak kawan merangkap roomate aku.. Yang keempat aku kuar gi makan je pastu terus balik umah... Hurm..

Yang terkini je aku betul-betul kuar dating... berdua je.. bukan apa, pakcik aku yang sorang ni, yang dok menjaga aku ni payah sungguh nak dapat kebenaran keluar dengan lelaki...pasal tu la aku tak penah dating..tapi syukur la, mungkin memang waktu tu aku tak matang lagi...hehe..

Ni la dia pakcik aku yang jaga aku..

Nak dijadikan cerita, aku kena pergi Larkin untuk beli tiket bas balik Shah Alam sebab cuti semester dah nak berakhir... Ridz ni pulak asyik tanya bila boleh jumpa... So, aku pun plan la camne nak pujuk pakcik aku supaya aku boleh jumpa kekasih hati masa hari aku pergi beli tiket kat Larkin tu... (Aku still respect dia, sebab tu aku pujuk dia, tak berani aku nak kuar tanpa persetujuan dia). Disebabkan umur aku tahun ni dah masuk 23, pakcik aku takde la macam dulu.. Dia beri sedikit kelonggaran.. Dia suruh aku minta kebenaran dengan mak aku..kalau mak aku kata ok, dia tak halang aku.. Agaknya dia pun dah masak dengan perangai aku.. Selagi tak dapat selagi tu aku pujuk..bila dah putus asa, aku memberontak tapi kejap jela..hehe (buruk perangai kan..? hihi).

Aku bagitau mak aku dan mak aku pun tak kisah sebenarnya...maklumlah, dia kalau boleh nak aku cepat-cepat bertemu jodoh.. Aku plan nak gi beli tiket tu masa 26/02/2012. So, 25hb tu Ridz call mak aku untuk minta izin bawa aku jalan2.. Alhamdulillah mak aku ok je.. hehe.. Lepas Ridz call mak aku tu, dia terus call aku... Yang lawaknya Ridz ni punye la nervous nak bercakap ngan mak aku, sampai ke sudah nervous... Masa call aku tu, Ridz masih gugup dengan nafas macam orang baru lari pecut 100 meter..haha..( Jangan marah ye b...hihi..). Call aku semata-mata nak bagitau dia dah call mak aku dan nak bagitau yang dia sangat nervous.. Tapi aku happy.. Rasa Ridz sweet sangat masa tu..^^

B=bee yang sedang berlari.. hihi

----26hb Februari 2012---

Aku kuar dari rumah pukul 9 lebih (pagi)..sampai kat Larkin dalam pukul 11.. sampai je kat sana terus cari tandas sebab rasa macam nak muntah.. Bangla ngan Nepal punya pasal.. Bau semacam je dalam bas tu disebabkan mereka2 ni.. Baik2 aku boleh turun awal kat Pulai Perdana atau Sri Putri, tak jadi nak turun sebab taknak bergesel ngan mereka2 tu.. nanti melekat bau mereka..

Kuar dari tandas tu, aku dah nampak Ridz tengah cari kelibat aku.. Aku pun gi tempat dia..(tempat berdiri k, bkn 'tempat dia' yang macam dalam drama/filem tu). Seperti yang aku minta sebelum keluar dulu, aku pergi beli tiket balik Shah Alam kat kaunter dulu, kemudian baru la kuar jenjalan.



Lepas selesai urusan beli tiket, kami pun menuju ke kereta yang diparkir agak jauh juga sebenarnya.. kena lintas jalan dulu dan... dipendekkan cerita dah masuk dalam kete, dia bagi aku bunga.. walaupun Ridz memang penah cakap dia nak bagi aku bunga (supposedly aku tak tergamam la kan), aku terkelu lidah dan cuma cakap thank you je..pastu diam jap sebab rasa muka start nak blushing tak tentu pasal..haha..(aku ni kan pemalu...bukan gedik ok..!). Nervous sebenarnya.., maklum la..kali pertama kuar berdua je dengan lelaki...kekasih hati pulak tu..^^

Bunga ros merah beserta kad yang Ridz bagi..^^

Ridz tunjuk tangan dia kat aku..aku ingatkan kenapa rupanye dia nak gitau yang tangan dia masih menggigil..haha.. Dia pun nervous jugak rupanye.. Lagi parah pulak tu..haha.. Aku steady je (luaran jela). Kami plan nak gi Jusco Tebrau, makan kat sana then tengok wayang. Aku makan nasi goreng daging, Ridz makan nasi goreng pattaya.. Ridz tegur aku tiup makanan, dia pun tolong sejukkan makanan aku dan suap aku makan...hehe.. sweet memory..^^ Dek kerana nervous, selera aku tak seperti selalu..tak habis makanan tu.. Aku bagi Ridz habiskan..



Pastu kami gi survey cter pe ada tayang hari tu.. tengok waktu rasa cam tak sempat... takut rushing sangat..so, taak jadi tengok wayang, kami terus gi Hutan Bandar..tempat beriadah yang menarik untuk keluarga mahupun pasangan cam kami yang sama2 suke tengok dokumentari cter menatang ngan angin ribut segala..hehe




Ni la dia tempat aku tengok ikan gemuk2 tu.. (abaikan lelaki tu, dia bukan sape2 ye..)

Masa mula2 tu gi tengok ikan... gemok2 ikan sampai aku rasa excited tengok ikan2 tu.. Yang 'spoil' masa tu tetibe ada orang sebut 'ikan Patin'... Argh....! Spoil jela orang tua ni... Aku ngan Ridz, dua2 tersentak bila dengar perkataan 'Patin' tu.. Terus mati mood aku tengok ikan tu dan kami pun gi jalan2 dalam Hutan Bandar tu... macam2 la terjadi dan dibualkan..tak perlu cter kat sini sebab nanti panjang sangat pulak entri aku ni..





Dalam pukul 4:30 petang tu, kami mula la bergerak balik... Ridz ada cakap dengan mak aku nak kuar sampai kul 5:00 petang.. Jadi, 4:30 tu kami bergerak untuk ke Larkin. Kat Larkin tu kami tunggu bas sambil berdiri. Sejujurnya, belum balik rumah pun lagi aku dah mula rasa rindu. Tapi tak cakap la..huhu... Malu nak mengaku.. 

Dalam perjalanan balik tu baru la aku buka dan baca kad yang melekat kat bunga ros tu.. Kat dalam tu tertulis " For Ney, I <3 U, From B"...So sweet.. Aku tak sangka pulak begitu direct ayatnya..huhu...ada lukisan kartun kat dalam tu, konon2nya aku ngan Ridz la. Lepas baca tu terus call Ridz semata-mata nak gitau dah baca kad tu dan cakap I love you too...hehe...^^ 

Isi kandungan kad yang Ridz bagi..

Bila dah sampai rumah tu, perkara pertama yang dibuat selepas tanggalkan tudung ialah terus simpan bunga ros dalam peti sejuk sebab tak nak bunga tu layu.. Punye la sayang kat bunga tu...( kat pemberi bunga lagi la sayang..hehe). Esoknya sesi ambil gambar pulak.. Lepas ambil gambar segala, terus kumpulkan semua benda yang boleh dijadikan kenangan terus simpan dalam dompet.. Bila rindu, boleh tengok kononnya nak jadikan pengubat rindu tapi biasanya yang sebaliknya pulak yang terjadi.. Makin ditengok, makin rindu pulak..huhu..

Tu dia...segala tiket ada.. haha

Hurm, pelik tak bila datingnya 26/2/2012, tapi entri ni cuma dibuat lama lepas tu..? Sebabnya aku cari waktu yang sesuai untuk dapatkan feel nak buat entri kali ni.. Dah berapa kali tertangguh, akhirnya siap jugak entri ni.. ^^

Untuk Ridz yang dikasihi, Thank you so much sebab bagi kenangan2 indah ni.. sangat2 hargai..^^

Saturday, March 31, 2012

Macam patung..

Assalamualaikum w.b...

Petang tadi aku gi taman permainan berdekatan kawasan perumahan aku.. macam pelik je sebab aku gi situ sorang diri.. Sebelum tu aku ada terbaca status fb seseorang.. Entah kenapa, terasa hati pulak dengan dia sebab dia tak cakap terus terang dengan aku.. Tak tahu la aku yang over-sensitive ke apa..tapi memang aku terasa.. bukan terasa sebab apa yang dia cakap tapi terasa sebab depan aku dia x cakap pape like everything is okay but then dia wat status macam tu.. Rasa macam tertipu pulak.. Even though aku pun selalu luahkan rasa tak puas hati kat fb, tapi kalau aku tak puas hati, berdepan pun aku dingin.. aku tak bercakap banyak, aku tak berbual macam biasa..aku buat-buat sibuk just to let him/her know that there's something wrong somewhere but I can't or don't want to say it.. 



Entah la...hurm, mood swing gaknye aku ni.. benda kecik je pun sebenarnya.. tapi disebabkan benda kecik tu la aku membawa diri ke taman permainan tu.. Aku rasa kosong sangat.. rasa serba tak kena.. rasa macam mayat hidup.. tak tahu nak buat apa.. rasa macam patung pun ada... seolah-olah aku takde perasaan... takde hala tuju... dan tu buat aku rasa macam nak mati je.. dulu masa aku cuba nak bunuh diri, macam ni la aku rasa... seboleh-bolehnya aku taknak rasa macam ni lagi.. cukuplah sekali tapi nampaknye berulang lagi..



Sekarang ni aku rasa nak bersendirian... biarlah apa orang nak cakap.. kalau boleh aku nak gi satu tempat yang takde sapepun kenal aku kat situ... mungkin juga tempat yang takde orang langsung.. atas awan ke... dalam kubur ke.. just kidding...^^

Sunday, March 25, 2012

Ini untuk kamu...

Assalamualaikum w.b...

Lagu-lagu ni ku tujukan khas untuk Ridz...

5363833208207463061822342...616182822121214242424242...

1) Motif Band- Tuhan Jagakan Dia


2) Kangen Band- Kehilanganmu Berat Bagiku

Erti sakit dan kehilangan

Assalamualaikum w.b..



Dua tiga hari terdekat ni aku asyik teringatkan arwah ayah aku... Rindu sangat-sangat dengan arwah tapi hanya Yassin dan doa yang mampu ku kirim sebagai tanda ingatan ku padanya dan penghargaan kerana pernah menyayangi diri ini.



Ya Allah...terlalu berat rasanya ujian-Mu ini... terlalu sakit rasanya merindui yang dicintai tanpa dapat mengimbau memori tentangnya.. terlalu sakit hingga tak dapat ku ubati meski telah berbelas tahun kehilangannya.. Ya Allah... beginikah juga apa yang Fatin rasakan.. Sungguh aku tak pernah dapat menyelami hatinya untuk mengetahui sejauh mana penderitaan dia membesar tanpa memori tentang ibu yang melahirkannya ke dunia.. Sungguh aku ingin tahu namun diri ini terlalu takut untuk bertanya..lidah ini terlalu kelu..



Ya Allah..andai dia menderita, Kau hilangkanlah derita itu daripadanya.. Terlalu perit derita itu.. Aku tak ingin dia merasakan apa yang ku rasakan saat ini.. Sungguh, rasa ini seakan membunuh nyaliku dalam diam.. Semakin hari semakin dalam dan parah sakit ini.. Hanya Kau yang mampu mengurangi rasa ini.. Ya Allah, kau kirimkan dia padaku saat aku hilang arah..saat aku keseorangan..saat aku ingin membenci seluruh isi dunia ini... saat aku benar-benar putus asa dan mengharapkan keajaiban dari-Mu.. Terima kasih kerana Kau hadirkan dia untuk mendengar dan berkongsi kesedihan denganku.. Tiada insan yang lain yang lebih memahami apa yang pernah ku lalui sepanjang hayatku melainkan dia yang punya banyak persamaan denganku.



Ya Allah...Kau maha mengetahui akan insan-insan yang ku cintai dalam persinggahan sementara ini.. Mereka sangat berarti dalam mewarnai suram hariku.. Jangan Kau ambil mereka dari sisiku Ya Allah... Aku mohon hanya pada-Mu Tuhan sekalian alam.. Ku tak ingin merasai kesakitan akibat kehilangan lagi... Cukuplah kehilangan-kehilangan yang sebelumnya.. Ya Allah, matikanlah aku lebih dahulu dari insan-insan yang aku cintai.. Dan berilah mereka kekuatan untuk menghadapi kehilanganku kerana ada antara mereka yang tidak begitu tahu akan erti kehilangan lagi.. Kau kasihanilah mereka...



Namun Ya Allah...andai suatu saat aku memang harus juga merasakan kehilangan kesemua insan-insan yang aku cintai, Kau kuatkanlah hatiku ini.. Jangan Kau biarkan aku sendiri terperangkap dalam lohong hitam yang hampir menelanku hidup-hidup suatu ketika dahulu.. Jangan Kau biar aku kembali ke lorong hitam itu.. Jangan Kau biar aku akhiri hayatku ini secara tidak wajar dan membuat-Mu murka.. Jauhi itu Ya Allah.. 



Ya Allah...sesungguhnya Engkau lebih tahu akan segala sesuatu milik-Mu...

Saturday, March 24, 2012

Sorry if I hurt you..

Assalamualaikum w.b

Entri kali ni aku tujukan khas untuk dia yang membaca blog aku... Aku tahu dia baca blog aku walaupun dia follow aku privately.. dan aku tahu dia mungkin kecik hati dengan entri aku sebelum ni..tapi aku juga nak dia tahu yang aku tulis entri tu selepas aku membaca blog dia..

Aku tak tahu dia ingat ke tak..tapi aku pernah beritahu..whenever I hurt you, it's because you have hurt me first.. Aku takkan tulis sesuatu yang menyakitkan hati sesiapa, atau kecikkan hati sesiapa kalau aku tak rasa kecik hati dulu.. 

Sejujurnya, aku sangat terasa hati bila dia tulis macam tu dalam blog dia. Waktu dia still taruh perasaan kat A sedangkan A dah dengan F, aku dengar je setiap luahan perasaan dia.. Aku tak pernah pun cakap dia kacau hubungan orang.. dan tak sesekali aku sebut tentang karma segala walaupun aku pernah terniat...semata-mata aku nak jaga hati dia.. aku nak dia tahu macamane buruk pun dia pada pandangan orang lain, dia boleh datang bila-bila masa untuk mengadu dengan aku walaupun kalau salah tu dipihak dia sendiri.. aku taknak dia teragak-agak untuk jumpa aku, bercakap dengan aku, luahkan semua yang terbuku kat hati dia.. sama-sama kongsi kesedihan dengan aku.. tak sekalipun aku warning dia kalau dia tak dengar nasihat aku, dia tanggung semuanya sendiri..takde pun..

Aku harap dia pun macam tu jugak bila aku start cerita kat dia..tapi mungkin aku terlalu berharap dia mampu berikan apa yang aku pernah berikan.. mungkin aku yang lupa bahawa setiap orang punya karakter yang berbeza.. mungkin aku yang tak kenal kawan aku.. I guess I'm not a good friend of yours after all..

Aku tak harap dia sokong tindakan aku.. aku tak harap dia bantu aku capai apa yang aku nak.. aku cuma nak dia dengar dan sentiasa mendengar keluhan aku walau apapun jadi..walau apapun kesilapan yang pernah aku lakukan..itu je..


Tapi mungkin aku terlalu berharap.. After all, there's too much things that you don't know about me.. because I've never told you..Bukan niat aku untuk rahsiakan tapi ada sesetengah perkara yang hanya dapat difahami setelah mengalami dan aku tak rasa dia pernah alaminya.. sebab tu aku tak citer kat dia.. 

Aku nak dia tahu apapun keputusan yang aku ambil, aku tak ambil mudah.. banyak perkara yang aku ambil kira dan antaranya perkara yang dia tak tahu tu.. Aku tak harap dia faham sebab dia tak tahu segalanya tentang aku especially masa silam aku.. Aku cuma harap dia tak terus kecik ati.. I just have reason which I can't tell you.. I'm sorry if I hurt you.. It hurts me to hurt you..because you're one of my precious friend.. My apology.



Sekian..

~Salam~

Tuesday, March 20, 2012

Aku yang tak setia dan menduakan cinta..



Aku tahu ramai yang tak support aku terus bersama dengan Ridz...aku tahu kawan-kawan aku sayangkan aku dan taknak aku terluka... tapi aku lebih tahu situasi yang sebenar... Yes, memang kalau difikir logik akal memang nampak seolah-olah dia tak setia...dan nampak seolah-olah aku yang merampas... aku bukan nak back up dia.. it's just that aku pernah rasa dan berdepan dengan apa yang Ridz rasa... aku faham macam mana rasanya bila hati terbelah dua... aku faham sukarnya untuk buat keputusan yang memerlukan untuk memilih satu antara dua...aku rasa semua tu.. pada pandangan orang memang aku yang sakit, aku yang terluka, tapi sebagai seorang perempuan yang pernah berada di kedua2 posisi, sebagai orang yang 'menduakan' dan 'diduakan', aku sangat faham, kedua2nya rasa sakit... kalau ada yang fikir jadi orang yang menduakan ni lagi senang...memang silap... bukan senang nak buat pilihan.. aku terpaksa mengaku yang aku masih rasa menyesal dengan pilihan yang aku buat masa aku 17 tahun... dah lama benda tu berlalu tapi sampai sekarang, kesalnya masih terasa.. 

Bukan aku mintak pun hati aku terbelah dua... lau hati tu dah nak jatuh sayang, lari camne jauh pun hati tetap sayang jugak... terpulanglah kalau ada yang nak kata Ridz tu tak setia ke, menduakan cinta ke... aku tak kisah apa pandangan orang lain sebab orang lain tak rasa..cuma yang pasti, kalau ada yang kata camtu, sama jelah macam kata aku ni tak setia, menduakan cinta n thanks a lot la pada yang fikir camtu.. Fine, memang aku ngan Ridz TAK SETIA, SUKA DUAKAN CINTA... 

Dan sebab tu la kadang2 aku memang reluctant nak citer masalah aku ngan sape2, sebab yela aku ni tak macam orang lain.. Aku tak baik macam orang lain..


Mulai malam ni, aku takkan citer lagi masalah hati aku kat orang lain...susah aku, sakit hati aku, sedih aku biarlah aku tanggung sorang2...
 

Hari Kita...25 Disember 2011

Assalamualaikum...w.b

Dah lama rasanya takde entri baru kat blog aku ni...dah lama sebenarnya nak update blog tapi asyik tangguh je sebab nak dapatkan feel gitu... hehe.. Kebetulan malam ni terasa nak update...( Ni pun sebab tak main mesej ngan Ridz...dia takde kredit..katanya bulan ni dia 'kering').

Dalam entri kali ni, aku nak citer la serba sedikit ( panjang lebar sebenarnya..hihi) tentang tarikh-tarikh bermakna sepanjang aku mengenali Ridz.. Sengaje nak abadikan waktu-waktu tu kat sini.. Mana la tau dah tua-tua nanti tetiba terasa nak mengenang saat-saat masih muda ni kan...tgal baca je semula citer yang aku tulis kat sini...hehe.. Maklum la, setahun dua ni memang la aku takkan lupa, tapi kot2 la aku nanti nyanyuk ke...kena langgar kete pastu hilang ingatan ke...sekurang-kurangnya blog aku ni akan membantu aku mengingat saat-saat berharga (tak ternilai pun sebenarnye) tu...

Berikut adalah rentetan kisah hidup aku dengan seorang insan bernama Ridz yang lahir pada 24 April 1987...(ada sebab kenapa aku tulis camtu)

Pertemuan pertama- 25 Disember 2011

Waktu ni Ridz jemput aku kat Larkin waktu aku balik cuti. Dia datang dengan mak dia, 2 orang adik perempuan dan em em... kelu lidah menyebut, kaku jari nak menaip...huhu. Kali pertama jumpe kat belakang McDonald. Aku punye berdebar xyah cakap la, dah macam nak pengsan...siap berpeluh-peluh pulak tu..nsib bek make up tak cair...haha.. First time jumpa, masing-masing kelu...tak tau nak mulakan macam mana.. Tapi pastu dia kenalkan diri.. "Assalamualaikum..hai, saya Ridzuan..". Tu ayat pertama yang kuar dari mulut dia.. :)

Ridz ajak aku gi majlis kahwin kawan baik dia, namanya Ara. Sepanjang perjalanan tu aku tak banyak bercakap...lebih banyak tengok ke luar tingkap kereta... Entah kenapa, hati rasa kosong masa tu... Yelah, em em dia ada kat situ... takkan nak bermesra2an pulak kan...mak dia pun ada sekali...tu yang aku seram...takut tersalah cakap...huhu

Bila dah sampai kat tempat pengantin Ara tu, aku makan sikit je... sebetulnya selera aku memang dah mati masa tu... dah makan hati, tu yang tak selera lagi...uwaaaa....:(

Sebelum balik tu sempat la amek gambar ngan pengantin...



~bersambung pada entri seterusnya...~

Monday, January 16, 2012

Aku belajar...tapi...



Aku belajar melupakan seseorang yang melupakan aku..

Aku belajar memaafkan semua yang menyakiti aku..

Aku belajar untuk jadi yang terbaik untuk orang yang aku sayangi..

Tapi sesuatu yang tak bisa aku pelajari

iaitu..

Harus belajar tersenyum disaat orang yang aku sayangi menyayangi orang lain..

Friday, January 13, 2012

kambing cute...!

Assalamualaikum w.b

Pagi ni aku chatting dengan Ridz, kebetulan dia tengah mencari idea untuk design packaging susu kambing.

So, aku post gambar kambing kat dia.. comel kambing tu..^^




Yang ni aku tak bagi la kat dia...wat naya je..ni utk simpanan sendiri jela..ibarat dah tulis surat tp tak post..huhu


Sekian untuk pagi ni...dah nak tgahari da pun..

~Salam~

Wednesday, January 11, 2012

Aku yang kau tinggalkan..

Assalamualaikum w.b...

Bangun tidur petang tadi terus teringat kat Zai. Entahlah, tak tahu apa pengakhiran pada hubungan aku dengan dia. Semalam aku ada hantar mesej kat dia guna nombor Maxis mak aku, buat-buat bertanya dia tu dia ke orang lain.. Dalam pukul 6 pagi tadi dia balas mesej tu, dia jawab " Aah ada apa". Sebelum ni aku cuba jugak fikir kemungkinan yang dia dah tak guna nombor tu lagi, atau dia takde kredit, atau macam-macam lagi. Tapi yang pasti dia masih gunakan nombor yang sama dan mempunyai kredit untuk membalas mesej.

Sebelum aku tinggalkan rumah, aku mesej dia guna nombor aku. Aku cakap aku ada exam pagi ni, dan aku minta dia doakan aku. Dalam hati berharap akan ada mesej balasan. Tak banyak pun tak apa. Satu pun jadi la. Tapi macam yang dijangkakan, handphone tu senyap aje. Sampailah waktu aku switch off hp tu dan on semula lepas balik dari exam. Masih sama. Takde walau satu balasan pun.

~sigh~

Mungkin aku patut mulakan proses melupakan dia. Kalau tak, hati aku ni takkan tenang. Sampai suatu ketika aku terfikir akan menerima kad jemputan perkahwinan dari dia.. ataupun terserempak dengan dia bersama perempuan lain... tapi kalau itulah cara pengakhiran yang bakal aku lalui, aku tak kisah.. aku terima je. Rasanya hati aku dah mati.. cukuplah apa yang dah aku rasa selama ni.



Kalau menyayangi seseorang hanya akan menyakiti hati aku sendiri, mungkin aku memang tak perlu menyayangi sesiapa. Cukuplah menyayangi darah daging sendiri walaupun mungkin aku akan tetap sakit bila kehilangan mereka di dunia ni..

Sekian untuk coretan kali ni.

~Salam~

Monday, January 9, 2012

M-A-L-A-S-N-A-K-S-T-U-D-Y

M- Masih awal...
A- Ala...exam je kot..
L- Layan muka buku dulu..
A- Alamak..!
S- Sok da nak exam...!

N- Nak risau apa
A- Aku kan terer
K- Kacang je nih...(saiko diri sendiri)

S- Sumpah aku blur
T- Tak tahu nak jawab apa
U- Uisy, rasa nak nanges, tapi
D- dah terlambat, nasi dah jadi bubur
Y- Ya Allah...kalau lah aku rajin dulu....

Sunday, January 8, 2012

Gaduh lagi???

Assalamualaikum w.b....

Semalam, dalam pukul 1 petang aku telefon Ridz. Masa tu dia kat ofis. Dek kerana aku terlalu gemertar nak menghadapi peperiksaan pukul 2 petang tu, aku pun menelefon ketiga2 orang Buddyz aku iaitu mak aku, puksu aku dan juga Ridz..yang aku dah lepaskan pastu menyesal tak sudah tu... Ya, dia la, siapa lagi...aduh, buat-buat tak tahu dan tak faham pulak... Aku rejam kang baru tau..

Ceritanya masa aku telefon dia tu, aku minta dia bagi aku semangat la sebab aku nak pekse. Semalam tu kertas pertama, tu yang debarannya semacam je..huhu.. Kira ok la dia pesan suruh aku baca doa sebelum jawab soalan.. Aku memang buat pun..

Lepas habis je exam tu, belum keluar dewan lagi aku dah mesej dia, punye la lega lepas habis satu kertas tu.. Tak kira la lulus ke tak, janji dah lepas, malas nak kenang-kenang lagi, buat sakit jiwa je..huhu.. Ridz tak balas pun... Dalam pukul 9 malam baru dia balas mesej aku. Rupanya dia tidur daripada petang membawa ke malam... Pastu sakit kepala, memang patut pun... Huhu.. Bukan la suka dia sakit tapi memang tak pelik la kan sakit kepala sebab tidur petang lama sangat.. Nasib baik tak gila lagi... Huhu

Dia cakap dia tengah bad mood sebab dia gaduh ngan Fatin, aku dengar jelah cerita dia. Dengar katanya, Fatin suka ungkit benda2 yang dah lepas.. Aku malas la nak tanya apa yang diungkit takut nanti aku pulak yang kena marah.. Aku nasihat jela dia supaya istigfar banyak2, mandi supaya sejuk sikit..biar bad mood tu tak melarat.. Dia kata nak mandi lepas tengok bola.. Tak kisah la, janji dia nak jugak ber'sms' ngan aku... 



Nak dijadikan cerita pasukan bola yang disokong pulak kalah... Makin tension la Ridz ni.. Nak tak nak dia pergi jugak mandi..

Masa ni macam2 yang aku fikir... Antaranya masa depan dua orang tu. Belum pape lagi dah asyik bergaduh je.. Entah macamane la agaknya kalau dua orang tu kahwin nanti.. Jangan terbang pinggan mangkuk dah la.. huhu..

haha...kalau la bertengkar pun kne ada lesen.. haru dibuatnye...^^
Aku tau, mesti ada yang fikir aku harap dua orang tu berpisah. Yela, entri sebelum ni pun nampak sangat aku cemburu kan... Hurm, tak mampu aku nafikan, sedikit sebanyak terdetik juga niat jahat nak tengok diorang berpisah tapi aku takdelah kejam sangat sampai mendoakan perkara yang tak baik.. Macam yang aku cakap sebelum ni la, kalau jodoh terbaik aku dengan dia, tak ke mana gak, kalau jodoh aku dengan orang lain pun aku terima jugak... InsyaAllah... Manusia cuma boleh merancang dan Allah yang menentukan... Huhu


Friday, January 6, 2012

Kenapa mesti ada cemburu?

Assalamualaikum w.b..

Entri kali ni berbunyi kenapa mesti ada cemburu?.. Ya, memang boleh teka yang sebenarnya aku memang seorang yang kuat cemburu.. Jangan fikir yang bukan-bukan dulu ye.. Cemburu ini luas skopnya..bukan cinta sahaja ye..

Apa yang aku maksudkan cemburu di sini ialah aku cemburu bila tengok kebahagiaan orang lain.. Pertama, aku cemburu tengok orang yang ada family yang lengkap.. Ada ayah, ada ibu, ada abang, kakak, adik, datuk, nenek..( dan yang sewaktu dengannya). Bila ada mak ayah orang datang melawat kawan-kawan aku kat Shah Alam ni, timbul satu perasaan cemburu.. Kenapa aku takde famili yang macam tu? Kali terakhir mak aku dan pakcik aku (yang paling rapat dengan aku) jejak kaki kat Shah Alam ni pun masa mula-mula hantar aku daftar UiTM. 

Sekarang aku dah dekat 3 tahun kat sini tapi takde pun sape-sape jenguk aku.. Hidup ke, mati ke, kering ke kat sini...Haih, seriously jealous... Tapi sebenarnya aku tak patut ada perasaan tu.. Kenapa? Sebab mak aku tak sihat..Pakcik aku pun takde duit nak selalu jenguk aku, tak macam mak ayah orang lain.. Kata orang ukur baju di badan sendiri.. Jadi aku tak pernah suarakan perasaan aku ni pada sesiapa..

bukan tak suke org kaya, jeles je, sbb satu hari nanti aku pun nk jd kaya gak..^^


Masa cuti sempena bermulanya 'Study Weeks' yang aku tak gunakan sebaiknya tu, aku balik kampung... Bunyi macam nak balik raya je kan, tapi dah memang kenyataan aku tinggal kat kampung, tak malu pun...Yup, I'm a Kampung girl and I'm proud... Berbalik pada cerita asal, mak aku dah bising-bising tanye aku bila konvo.. Ingatkan dia semangat nak tengok aku menggenggam segulung ijazah tapi rupanya dia nak kata yang dia malas nak pergi istiadat konvo tu..Sakit kaki katanya...Ouch, that's really hurt me inside... But as usual, I always smile though my heart was by that time broken into pieces...small small pieces. Aku tak mengalah camtu je, aku pujuk gak dia supaya datang...

Aku cakap, mak bukan pergi Shah Alam jalan kaki pun, kan naik kereta.. Then mak aku tanya, nak naik kereta siapa dan aku tak mampu beri jawapan...Sebabnya family aku memang takde kereta.. Itu pasal la bas dan teksi leh jadi kawan baik aku..huhu..Dah la, tutup citer pasal mak aku tu, nanti kang hujan lebat pulak...Bukan apa, taknak menyusahkan pejalan kaki yang lupa nak bawak payung..^^

Ke3, aku jeles tgok kebahagiaan Ridz ngan Fatin..hurm...it hurts...!

dari kiri: Ridz, Me, Fatin

Kedua, aku cemburu tengok orang yang ramai peminat.. BUKAN ARTIS ok... Yang aku maksudkan kawan-kawan aku yang dianugerahkan rupa yang cantik, kulit yang mulus, yang menawan la senang citer... Bukan la aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni...Aku rendah, tembam, tak berapa nak cerah, dan banyak lagi la ciri2 aku yang aku taknak sebut...Huhu.. Aku cuma cemburu... Kadang-kadang aku berharap aku boleh jadi macam anak itik yang hodoh dan kemudiannya bertukar menjadi seekor angsa yang cantik...Tapi tu angan-angan jelah... Aku cemburu sebab mereka-mereka yang cantik-cantik ini mudah mendapatkan perhatian, ramai yang minat, ramai yang sayang.. Aku cemburu... 



Tapi takpe la, cantik kalau hati tak cantik pun tak guna jugak kan... Kan kan kan? Bagi la aku support, ni baca muka serius macam nak makan orang je...Aku rejam jugak kang.. Hurm.. Oleh sebab aku tak cantik luaran, maka azam aku untuk jadi cantik hati.. Jadi, salah satu sikap yang aku kena buang untuk menjadikan aku cantik hati ialah sikap kuat cemburu aku ni.. Shiuh...! Nyah kau dari dalam hati aku...! Gi jauh-jauh and don't come back...! ( macam la boleh halau macam tu je kan...)

Ok la, aku dah penat menaip, baik aku gi buat apa yang sepatutnya aku buat... Hehe.. Semoga berjumpe lagi dalam episod yang akan datang...! BABAIBYE...(boboiboy da habis..T.T)

Sekian, daaaaaa...

~Salam~

Monday, January 2, 2012

ku ukir namamu...30/12/2011

Assalamualaikum w.b...

ok, entri kali ni aku nak tunjuk beberapa gambar hasil kreativiti aku... maklumlah, hati tengah lara... so, petang 30hb Disember 2011 tu aku pun pergi ke Pantai Sg. Buntu... waktu tengah termenung tu, pakcik aku boleh pulak bagi idea..."tak nak ukir kat pokok?".

memang sebelum ni aku kalau pergi pantai tak sah lau tak mencederakan pokok kat tepi pantai tu...so, inilah hasil kreativiti aku...saksikanlah...cewah... hurm... aku harap orang yang berkenaan tak tahu la blog aku ni n tak baca...kalau dia tahu, malu giler beb...tak tahu nak letak mana muka aku yang comel ni...bukan aku yang cakap, dia yang cakap aku comel...hehe...jangan marah, t cepat tua...hehe

hurm...inilah dia...sha <3 ricd 30/12/2011


dari sudut yang lebih jauh...cantik kan pemandangaan pantai..? tenang hati..

biarlah ia menjadi potret kenangan..


Sayang seribu kali sayang...



Assalamualaikum w.b...

hari-hari yang aku lalui terasa suram... semuanya kerana satu kesilapan yang tak seharusnya aku lakukan.. pernah suatu ketika aku melepaskan seseorang yang aku sayang untuk dia kembali ke pangkuan orang yang dia kasihi...aku tak menyesal melepaskan dia sebab aku tahu dia tak pernah sayangkan aku...dia cuma jadikan aku sebagai tempat untuk melepaskan tekanan.. walaupun aku rasa sedih masa mula-mula lepaskan dia, tapi kesedihan tu tak berpanjangan..mungkin sebab rasa sayang aku pada dia tak sebesar mana. lagipun aku tahu, aku dah berusaha dan dia tak mungkin sayangkan aku.. kiranya aku lepaskan dia selepas aku berusaha dan gagal..jadi, aku tak terkilan dengan keputusan aku melepaskan dia..



tapi baru-baru ni, aku dah buat satu kesilapan.. aku dah lepaskan seseorang yang aku sayang... aku cuma sedar yang aku sayang dia selepas aku melepaskan dia.. suatu saat tu, dia mengadu yang dia keliru nak pilih antara bekas kekasih dia atau seseorang yang dia suka sangat2 pada waktu tu.. aku tahu orang yang dia maksudkan tu adalah aku tapi entah la, kerana serik mencuba cinta dengan orang yang baru putus cinta (merujuk kepada perenggan pertama), aku memilih untuk melepaskan dia.. aku sengaja beri nasihat supaya dia terima kembali kekasih lama dia.. walaupun waktu tu peluang aku cerah untuk bersama dia, aku lepaskan sahaja peluang tu.. aku takut kalau dia pilih aku, dia masih tak dapat lupakan kekasih lama dia sama macam kes yang sebelum ni..dan akan berakhir dengan perpisahan yang menyakitkan.



selain tu, aku sebenarnya tak tahu pada waktu tu aku dah mulai sayang dia.. aku sangkakan selama ni perasaan aku pada dia tak lebih dari sekadar suka dan minat.. aku tak jangka langsung yang sebenarnya i've started to fall in love with him... hati aku waktu tu sebenarnye menginginkan suatu perhubungan yang jauh lebih bermakna dari sekadar teman biase.. tapi aku tak memahami kehendak hati aku sendiri... selepas aku lepaskan dia, barulah aku sedar hati aku sakit sangat bila tahu dia mulai tenang disamping orang lain.. sangat-sangat sakit.. pertama kali aku rasa sakit sangat disebabkan seorang lelaki..sebelum ni pernah juga menangis disebabkan lelaki tapi tak pernah sesakit ini...mungkin inilah kali pertama aku betul2 cintakan seseorang..



sakit tu semakin terasa bila aku tahu yang sebenarnya waktu aku lepaskan dia, dia sebenarnya dah tak cintakan kekasih lama dia tapi rasa cinta tu kembali semula hanya selepas aku melepaskan dia... Ya Allah, kalaulah aku tahu sebelum tu, aku takkan lepaskan dia... aku akan pertahankan dia.. dan takkan sesekali aku lepaskan dia...tapi apakan daya, sayang seribu kali sayang, aku sudah pun lepaskan dia dan segalanya sudah terlambat...nasi sudah menjadi bubur.. dia dah merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasih lama dia tu pada bulan Oktober tahun ni juga.. Ya Allah, pedihnya untuk menerima semua ni tapi apalah daya...mungkin antara kami memang tiada jodoh... namun, jauh disudut hati aku, andai dia tidak jadi berumah tangga dengan kekasihnya tu, aku mengharapkan dia kembali ke sisi aku...


aku masih mengharapkan keajaiban walaupun ia jarang berlaku... apapun, aku berharap, aku akan dipertemukan dengan jodoh yang terbaik buatku.. andainya dia bukan yang terbaik dan Allah menginginkan aku bersama dengan seseorang yang lebih baik untukku, aku terima dan redha..InsyaAllah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...