WeLcOmE To My BlOg

jangan segan2 untuk membaca dan tinggalkan komen....!

Assalamualaikum

Monday, January 2, 2012

Sayang seribu kali sayang...



Assalamualaikum w.b...

hari-hari yang aku lalui terasa suram... semuanya kerana satu kesilapan yang tak seharusnya aku lakukan.. pernah suatu ketika aku melepaskan seseorang yang aku sayang untuk dia kembali ke pangkuan orang yang dia kasihi...aku tak menyesal melepaskan dia sebab aku tahu dia tak pernah sayangkan aku...dia cuma jadikan aku sebagai tempat untuk melepaskan tekanan.. walaupun aku rasa sedih masa mula-mula lepaskan dia, tapi kesedihan tu tak berpanjangan..mungkin sebab rasa sayang aku pada dia tak sebesar mana. lagipun aku tahu, aku dah berusaha dan dia tak mungkin sayangkan aku.. kiranya aku lepaskan dia selepas aku berusaha dan gagal..jadi, aku tak terkilan dengan keputusan aku melepaskan dia..



tapi baru-baru ni, aku dah buat satu kesilapan.. aku dah lepaskan seseorang yang aku sayang... aku cuma sedar yang aku sayang dia selepas aku melepaskan dia.. suatu saat tu, dia mengadu yang dia keliru nak pilih antara bekas kekasih dia atau seseorang yang dia suka sangat2 pada waktu tu.. aku tahu orang yang dia maksudkan tu adalah aku tapi entah la, kerana serik mencuba cinta dengan orang yang baru putus cinta (merujuk kepada perenggan pertama), aku memilih untuk melepaskan dia.. aku sengaja beri nasihat supaya dia terima kembali kekasih lama dia.. walaupun waktu tu peluang aku cerah untuk bersama dia, aku lepaskan sahaja peluang tu.. aku takut kalau dia pilih aku, dia masih tak dapat lupakan kekasih lama dia sama macam kes yang sebelum ni..dan akan berakhir dengan perpisahan yang menyakitkan.



selain tu, aku sebenarnya tak tahu pada waktu tu aku dah mulai sayang dia.. aku sangkakan selama ni perasaan aku pada dia tak lebih dari sekadar suka dan minat.. aku tak jangka langsung yang sebenarnya i've started to fall in love with him... hati aku waktu tu sebenarnye menginginkan suatu perhubungan yang jauh lebih bermakna dari sekadar teman biase.. tapi aku tak memahami kehendak hati aku sendiri... selepas aku lepaskan dia, barulah aku sedar hati aku sakit sangat bila tahu dia mulai tenang disamping orang lain.. sangat-sangat sakit.. pertama kali aku rasa sakit sangat disebabkan seorang lelaki..sebelum ni pernah juga menangis disebabkan lelaki tapi tak pernah sesakit ini...mungkin inilah kali pertama aku betul2 cintakan seseorang..



sakit tu semakin terasa bila aku tahu yang sebenarnya waktu aku lepaskan dia, dia sebenarnya dah tak cintakan kekasih lama dia tapi rasa cinta tu kembali semula hanya selepas aku melepaskan dia... Ya Allah, kalaulah aku tahu sebelum tu, aku takkan lepaskan dia... aku akan pertahankan dia.. dan takkan sesekali aku lepaskan dia...tapi apakan daya, sayang seribu kali sayang, aku sudah pun lepaskan dia dan segalanya sudah terlambat...nasi sudah menjadi bubur.. dia dah merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasih lama dia tu pada bulan Oktober tahun ni juga.. Ya Allah, pedihnya untuk menerima semua ni tapi apalah daya...mungkin antara kami memang tiada jodoh... namun, jauh disudut hati aku, andai dia tidak jadi berumah tangga dengan kekasihnya tu, aku mengharapkan dia kembali ke sisi aku...


aku masih mengharapkan keajaiban walaupun ia jarang berlaku... apapun, aku berharap, aku akan dipertemukan dengan jodoh yang terbaik buatku.. andainya dia bukan yang terbaik dan Allah menginginkan aku bersama dengan seseorang yang lebih baik untukku, aku terima dan redha..InsyaAllah..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...