WeLcOmE To My BlOg

jangan segan2 untuk membaca dan tinggalkan komen....!

Assalamualaikum

Saturday, March 31, 2012

Macam patung..

Assalamualaikum w.b...

Petang tadi aku gi taman permainan berdekatan kawasan perumahan aku.. macam pelik je sebab aku gi situ sorang diri.. Sebelum tu aku ada terbaca status fb seseorang.. Entah kenapa, terasa hati pulak dengan dia sebab dia tak cakap terus terang dengan aku.. Tak tahu la aku yang over-sensitive ke apa..tapi memang aku terasa.. bukan terasa sebab apa yang dia cakap tapi terasa sebab depan aku dia x cakap pape like everything is okay but then dia wat status macam tu.. Rasa macam tertipu pulak.. Even though aku pun selalu luahkan rasa tak puas hati kat fb, tapi kalau aku tak puas hati, berdepan pun aku dingin.. aku tak bercakap banyak, aku tak berbual macam biasa..aku buat-buat sibuk just to let him/her know that there's something wrong somewhere but I can't or don't want to say it.. 



Entah la...hurm, mood swing gaknye aku ni.. benda kecik je pun sebenarnya.. tapi disebabkan benda kecik tu la aku membawa diri ke taman permainan tu.. Aku rasa kosong sangat.. rasa serba tak kena.. rasa macam mayat hidup.. tak tahu nak buat apa.. rasa macam patung pun ada... seolah-olah aku takde perasaan... takde hala tuju... dan tu buat aku rasa macam nak mati je.. dulu masa aku cuba nak bunuh diri, macam ni la aku rasa... seboleh-bolehnya aku taknak rasa macam ni lagi.. cukuplah sekali tapi nampaknye berulang lagi..



Sekarang ni aku rasa nak bersendirian... biarlah apa orang nak cakap.. kalau boleh aku nak gi satu tempat yang takde sapepun kenal aku kat situ... mungkin juga tempat yang takde orang langsung.. atas awan ke... dalam kubur ke.. just kidding...^^

Sunday, March 25, 2012

Ini untuk kamu...

Assalamualaikum w.b...

Lagu-lagu ni ku tujukan khas untuk Ridz...

5363833208207463061822342...616182822121214242424242...

1) Motif Band- Tuhan Jagakan Dia


2) Kangen Band- Kehilanganmu Berat Bagiku

Erti sakit dan kehilangan

Assalamualaikum w.b..



Dua tiga hari terdekat ni aku asyik teringatkan arwah ayah aku... Rindu sangat-sangat dengan arwah tapi hanya Yassin dan doa yang mampu ku kirim sebagai tanda ingatan ku padanya dan penghargaan kerana pernah menyayangi diri ini.



Ya Allah...terlalu berat rasanya ujian-Mu ini... terlalu sakit rasanya merindui yang dicintai tanpa dapat mengimbau memori tentangnya.. terlalu sakit hingga tak dapat ku ubati meski telah berbelas tahun kehilangannya.. Ya Allah... beginikah juga apa yang Fatin rasakan.. Sungguh aku tak pernah dapat menyelami hatinya untuk mengetahui sejauh mana penderitaan dia membesar tanpa memori tentang ibu yang melahirkannya ke dunia.. Sungguh aku ingin tahu namun diri ini terlalu takut untuk bertanya..lidah ini terlalu kelu..



Ya Allah..andai dia menderita, Kau hilangkanlah derita itu daripadanya.. Terlalu perit derita itu.. Aku tak ingin dia merasakan apa yang ku rasakan saat ini.. Sungguh, rasa ini seakan membunuh nyaliku dalam diam.. Semakin hari semakin dalam dan parah sakit ini.. Hanya Kau yang mampu mengurangi rasa ini.. Ya Allah, kau kirimkan dia padaku saat aku hilang arah..saat aku keseorangan..saat aku ingin membenci seluruh isi dunia ini... saat aku benar-benar putus asa dan mengharapkan keajaiban dari-Mu.. Terima kasih kerana Kau hadirkan dia untuk mendengar dan berkongsi kesedihan denganku.. Tiada insan yang lain yang lebih memahami apa yang pernah ku lalui sepanjang hayatku melainkan dia yang punya banyak persamaan denganku.



Ya Allah...Kau maha mengetahui akan insan-insan yang ku cintai dalam persinggahan sementara ini.. Mereka sangat berarti dalam mewarnai suram hariku.. Jangan Kau ambil mereka dari sisiku Ya Allah... Aku mohon hanya pada-Mu Tuhan sekalian alam.. Ku tak ingin merasai kesakitan akibat kehilangan lagi... Cukuplah kehilangan-kehilangan yang sebelumnya.. Ya Allah, matikanlah aku lebih dahulu dari insan-insan yang aku cintai.. Dan berilah mereka kekuatan untuk menghadapi kehilanganku kerana ada antara mereka yang tidak begitu tahu akan erti kehilangan lagi.. Kau kasihanilah mereka...



Namun Ya Allah...andai suatu saat aku memang harus juga merasakan kehilangan kesemua insan-insan yang aku cintai, Kau kuatkanlah hatiku ini.. Jangan Kau biarkan aku sendiri terperangkap dalam lohong hitam yang hampir menelanku hidup-hidup suatu ketika dahulu.. Jangan Kau biar aku kembali ke lorong hitam itu.. Jangan Kau biar aku akhiri hayatku ini secara tidak wajar dan membuat-Mu murka.. Jauhi itu Ya Allah.. 



Ya Allah...sesungguhnya Engkau lebih tahu akan segala sesuatu milik-Mu...

Saturday, March 24, 2012

Sorry if I hurt you..

Assalamualaikum w.b

Entri kali ni aku tujukan khas untuk dia yang membaca blog aku... Aku tahu dia baca blog aku walaupun dia follow aku privately.. dan aku tahu dia mungkin kecik hati dengan entri aku sebelum ni..tapi aku juga nak dia tahu yang aku tulis entri tu selepas aku membaca blog dia..

Aku tak tahu dia ingat ke tak..tapi aku pernah beritahu..whenever I hurt you, it's because you have hurt me first.. Aku takkan tulis sesuatu yang menyakitkan hati sesiapa, atau kecikkan hati sesiapa kalau aku tak rasa kecik hati dulu.. 

Sejujurnya, aku sangat terasa hati bila dia tulis macam tu dalam blog dia. Waktu dia still taruh perasaan kat A sedangkan A dah dengan F, aku dengar je setiap luahan perasaan dia.. Aku tak pernah pun cakap dia kacau hubungan orang.. dan tak sesekali aku sebut tentang karma segala walaupun aku pernah terniat...semata-mata aku nak jaga hati dia.. aku nak dia tahu macamane buruk pun dia pada pandangan orang lain, dia boleh datang bila-bila masa untuk mengadu dengan aku walaupun kalau salah tu dipihak dia sendiri.. aku taknak dia teragak-agak untuk jumpa aku, bercakap dengan aku, luahkan semua yang terbuku kat hati dia.. sama-sama kongsi kesedihan dengan aku.. tak sekalipun aku warning dia kalau dia tak dengar nasihat aku, dia tanggung semuanya sendiri..takde pun..

Aku harap dia pun macam tu jugak bila aku start cerita kat dia..tapi mungkin aku terlalu berharap dia mampu berikan apa yang aku pernah berikan.. mungkin aku yang lupa bahawa setiap orang punya karakter yang berbeza.. mungkin aku yang tak kenal kawan aku.. I guess I'm not a good friend of yours after all..

Aku tak harap dia sokong tindakan aku.. aku tak harap dia bantu aku capai apa yang aku nak.. aku cuma nak dia dengar dan sentiasa mendengar keluhan aku walau apapun jadi..walau apapun kesilapan yang pernah aku lakukan..itu je..


Tapi mungkin aku terlalu berharap.. After all, there's too much things that you don't know about me.. because I've never told you..Bukan niat aku untuk rahsiakan tapi ada sesetengah perkara yang hanya dapat difahami setelah mengalami dan aku tak rasa dia pernah alaminya.. sebab tu aku tak citer kat dia.. 

Aku nak dia tahu apapun keputusan yang aku ambil, aku tak ambil mudah.. banyak perkara yang aku ambil kira dan antaranya perkara yang dia tak tahu tu.. Aku tak harap dia faham sebab dia tak tahu segalanya tentang aku especially masa silam aku.. Aku cuma harap dia tak terus kecik ati.. I just have reason which I can't tell you.. I'm sorry if I hurt you.. It hurts me to hurt you..because you're one of my precious friend.. My apology.



Sekian..

~Salam~

Tuesday, March 20, 2012

Aku yang tak setia dan menduakan cinta..



Aku tahu ramai yang tak support aku terus bersama dengan Ridz...aku tahu kawan-kawan aku sayangkan aku dan taknak aku terluka... tapi aku lebih tahu situasi yang sebenar... Yes, memang kalau difikir logik akal memang nampak seolah-olah dia tak setia...dan nampak seolah-olah aku yang merampas... aku bukan nak back up dia.. it's just that aku pernah rasa dan berdepan dengan apa yang Ridz rasa... aku faham macam mana rasanya bila hati terbelah dua... aku faham sukarnya untuk buat keputusan yang memerlukan untuk memilih satu antara dua...aku rasa semua tu.. pada pandangan orang memang aku yang sakit, aku yang terluka, tapi sebagai seorang perempuan yang pernah berada di kedua2 posisi, sebagai orang yang 'menduakan' dan 'diduakan', aku sangat faham, kedua2nya rasa sakit... kalau ada yang fikir jadi orang yang menduakan ni lagi senang...memang silap... bukan senang nak buat pilihan.. aku terpaksa mengaku yang aku masih rasa menyesal dengan pilihan yang aku buat masa aku 17 tahun... dah lama benda tu berlalu tapi sampai sekarang, kesalnya masih terasa.. 

Bukan aku mintak pun hati aku terbelah dua... lau hati tu dah nak jatuh sayang, lari camne jauh pun hati tetap sayang jugak... terpulanglah kalau ada yang nak kata Ridz tu tak setia ke, menduakan cinta ke... aku tak kisah apa pandangan orang lain sebab orang lain tak rasa..cuma yang pasti, kalau ada yang kata camtu, sama jelah macam kata aku ni tak setia, menduakan cinta n thanks a lot la pada yang fikir camtu.. Fine, memang aku ngan Ridz TAK SETIA, SUKA DUAKAN CINTA... 

Dan sebab tu la kadang2 aku memang reluctant nak citer masalah aku ngan sape2, sebab yela aku ni tak macam orang lain.. Aku tak baik macam orang lain..


Mulai malam ni, aku takkan citer lagi masalah hati aku kat orang lain...susah aku, sakit hati aku, sedih aku biarlah aku tanggung sorang2...
 

Hari Kita...25 Disember 2011

Assalamualaikum...w.b

Dah lama rasanya takde entri baru kat blog aku ni...dah lama sebenarnya nak update blog tapi asyik tangguh je sebab nak dapatkan feel gitu... hehe.. Kebetulan malam ni terasa nak update...( Ni pun sebab tak main mesej ngan Ridz...dia takde kredit..katanya bulan ni dia 'kering').

Dalam entri kali ni, aku nak citer la serba sedikit ( panjang lebar sebenarnya..hihi) tentang tarikh-tarikh bermakna sepanjang aku mengenali Ridz.. Sengaje nak abadikan waktu-waktu tu kat sini.. Mana la tau dah tua-tua nanti tetiba terasa nak mengenang saat-saat masih muda ni kan...tgal baca je semula citer yang aku tulis kat sini...hehe.. Maklum la, setahun dua ni memang la aku takkan lupa, tapi kot2 la aku nanti nyanyuk ke...kena langgar kete pastu hilang ingatan ke...sekurang-kurangnya blog aku ni akan membantu aku mengingat saat-saat berharga (tak ternilai pun sebenarnye) tu...

Berikut adalah rentetan kisah hidup aku dengan seorang insan bernama Ridz yang lahir pada 24 April 1987...(ada sebab kenapa aku tulis camtu)

Pertemuan pertama- 25 Disember 2011

Waktu ni Ridz jemput aku kat Larkin waktu aku balik cuti. Dia datang dengan mak dia, 2 orang adik perempuan dan em em... kelu lidah menyebut, kaku jari nak menaip...huhu. Kali pertama jumpe kat belakang McDonald. Aku punye berdebar xyah cakap la, dah macam nak pengsan...siap berpeluh-peluh pulak tu..nsib bek make up tak cair...haha.. First time jumpa, masing-masing kelu...tak tau nak mulakan macam mana.. Tapi pastu dia kenalkan diri.. "Assalamualaikum..hai, saya Ridzuan..". Tu ayat pertama yang kuar dari mulut dia.. :)

Ridz ajak aku gi majlis kahwin kawan baik dia, namanya Ara. Sepanjang perjalanan tu aku tak banyak bercakap...lebih banyak tengok ke luar tingkap kereta... Entah kenapa, hati rasa kosong masa tu... Yelah, em em dia ada kat situ... takkan nak bermesra2an pulak kan...mak dia pun ada sekali...tu yang aku seram...takut tersalah cakap...huhu

Bila dah sampai kat tempat pengantin Ara tu, aku makan sikit je... sebetulnya selera aku memang dah mati masa tu... dah makan hati, tu yang tak selera lagi...uwaaaa....:(

Sebelum balik tu sempat la amek gambar ngan pengantin...



~bersambung pada entri seterusnya...~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...