WeLcOmE To My BlOg

jangan segan2 untuk membaca dan tinggalkan komen....!

Assalamualaikum

Thursday, March 25, 2010

serabut betul

hmmm...minggu ni serabut lagi.. bukan minggu ni je rasanya.. minggu lpas pun serabut gak, minggu depan pun akan jadi serabut gak.. agaknya sepanjang sem ni mmg serabut kut.. berikut kerja2 aku dalam minggu ni

Jumaat(esok)- test S.O.G.A
Sabtu- kne submit assinment pbsm(x buat lg)+ test pbsm(x bce lg)
Ahad-nak wat assignment Equity
Isnin- presentation Bel(x buat lg)

nape la keje student ni x hbis2..

adakah aku berdosa?

 Assalamualaikum w.b

dua tiga hari ni aku rse lain macam cket..bila aku fikir berulang2 kali, aku rse aku ni tak beriman sbb rukun iman ada cakap kita mesti percaya pada qada' dan qadar. bukankah itu bermaksud kita harus menerima takdir yang dah ditetapkan oleh Allah dalam hidup kita?

tapi aku, masih lagi macam dulu.. aku sendiri tak tahu kenapa aku mesti fikir gak kakak aku yang da meninggal tu.. memanglah lau fikir je tak mendatangkan apa2 keburukan..tapi dalam keadaan aku sekarang ni, aku tak rasa aku sekadar terfikir.. susah untuk aku menidakkan yang sebenarnya aku masih anggap dia seolah2 masih hidup sedangkan aku tahu dia da xde lagi dalam dunia ni.. apa2 yang aku buat, aku selalu ingat dia dan yang peliknya aku kadang2 lupa yang dia da meninggal dunia. aku rasa cam susah nak anggap yang dia da meninggal walaupun memang tulah kenyataannya.

atas sebab tulah aku rasa aku ni masih tak mampu menerima kenyataan hidup. walaupun aku tahu dia dah xde, aku masih berharap untuk jumpa dia kat dunia ni..dalam erti kata yang lain, aku tak dapat terima takdir dengan hati yang terbuka seperti yang seharusnya..seperti yang dikatakan dalam rukun iman.. maka, adakah aku akan dikira sebagai hambaNya yang tak beriman..?? adakah aku berdosa apabila aku tidak dapat mengekang diri dan hatiku dari terus berharap untuk sesuatu yang aku telah tahu jawapannya iaitu MUSTAHIL..??

tolonglah aku Ya Allah.. aku hanya hambamu yang serba lemah.. aku tak mampu mengadakan apa yang tidak ada.. aku hanya mampu merancang dan bukannya menetukan.. aku sedar akan hakikat itu.. aku tahu tapi apalah dayaku untuk menolak ujian yang Kau turunkan apabila aku tidak mampu melupakan hasrat ku yang telah kusimpan bertahun2 lamanya.. Ya Allah, bimbinglah aku untuk menerima takdirmu.. bantulah hambamu ini Ya Allah agar dia tidak tergolong dalam kumpulan orang2 yang tak beriman..

~Amiin~

Sunday, March 21, 2010

selalu bernasib baik

assalamualaikum seperti biasa..
semalam aku x dtg kelas koku pbsm aku
sbb pertama, aku malas
kedua, aku selesema n batuk..lau aku g pn nnt org asyik dgar aku batuk je sbb tmpat tu sgt sejuk..
ketiga, aku x siap lg assignment yg jurulatih tu bg

sepatutnya aku akan ada kelas setiap hari sabtu dan ahad, tp semalam mse aku tanye kwn aku klas ada ke tak hari ni, aku mmg nsib baik sbb dia gtau kelas hari ni xde..sebelum aku hantar msej kt dia mmg aku da doa dlu supaya moga2 kelas tu xde dan ternyata tuhan kabulkan hajat di hati ni walaupun tak berapa baik niat aku tu..hehe..so aku tak payah la bersusah payah hbiskan masa malam aku utk siapkan assignment yg x siap lg tu.. lau tak, msti aku penat giler sbb tak ckup tidur..

hurm..apa yg aku mengarut ni.. benda ni pun nk cter ke..? tu menunjukkan betapa boringnye aku yg tak tahu nak watpe..

exam da dekat..lg sebulan je lg tp aku masih rse malas nk study.. apa nk jadi lah dengan aku ni, aku pun  tak tahu nk jwb.. kdg2 aku rse apa yg aku buat sekarang ni bukan apa yg aku nak.. mmg dulu aku yg beriya2 nk smbung belajar, tp nmpaknye semangat yg berkobar2 suatu ketika dulu da semakin pudar.. kdg2 aku fikir macam xde makna je aku study ni..lau aku berjaya pn pada siapa aku nak tunjuk..? nak tunjuk pada mak aku pun, mak aku bukan kisah sgt pasal akademik aku.. bukan nak kata dia tak hiraukan aku tp kejayaan aku dlm akademik bukan keutamaan buatnya lagi.. apa yg aku nampak, mak aku nak sgt tgok aku kawen..agaknya dia rasa itulah tanggungjawab dan hasrat dia yg paling besar saat ni..

aku boleh faham perasaan dia.. maklumlah.. hati org tua ni akan rasa lega lau ada org yg boleh dia percayakan utk jaga anak yang seorang ni.. aku bukan ada sapa2 lg pun selain mak aku dan pakcik aku tu.. mak aku da tua.. pakcik aku lak x kawen lagi..sampai bila aku nak bergantung dgn dia..aku pn nk tgok dia kawen gak..mcm org lain.. kesian aku tgok pakcik aku tu..asyik uruskan keperluan aku je smpai tak dapat penuhhi keperluannya sendiri.. aku tahu mak aku mesti fikir semua benda ni..sbb tu dia nk aku kawen cepat.. dia taknak menyusahkan org lain.. aku pn taknak tapi aku terpaksa bergantung pd org lain memandangkan aku xde org lain yg boleh diharap..

hurm..sebab aku selalu fikir benda2 ni semua, aku rasa tak semangat nak study.. lau boleh aku nak keje je supaya aku leh tampung keperluan diri sendiri dan tak perlu bergantung pada org lain.. tapi siapalah aku utk menidakkan yg ilmu itulah penentu masa depan aku bila aku bersendirian kelak.. tak selamanya aku mampu bertahan dgn kerja tak seberapa..
sbb tulah aku nk cepat2 hbiskan study supaya aku leh bina hidup yg lebih baik dan bela nsib insan2 yg da byak berbakti utk aku termasuklah ayah tiri aku..

biarlah org fikir yg bukan2 pasal dia, tapi satu yg aku tahu..dia ikhlas terima aku sebagai anak dia..dan aku yakin..walaupun aku bukan dari benihnya, dia sayang aku lebih dari anak2nya sendiri.. walaupun dia tak dapat beri apa2 harta dunia pada aku tp aku x kisah.. cukuplah dengan kasih syg yg dia da beri pada aku.. aku harap dia tahu aku hargai apa yg dia buat utk aku sbb akku tak mampu tunjukkan kasih syg aku pd dia.. aku takut nk tunjukkan kerana jika aku terlalu menunjuk, akan ada pihak yg tidak berpuas hati..

Ya ALLAH, tolonglah hamba mu ini, cekalkanlah hatinya utk meneruskan hidup di dunia yg sementara ini.. sabarkanlah hatinya supaya tidak berputus asa dengan ujian yg Kau turunkan..

Thursday, March 11, 2010

kenapa mesti aku fikir yg bukan2..

assalamualaikum..

tadi, xtahu la nape aku selalu terfikir yg mak aku akan sakit waktu aku sedang belajar. aku x tahu samada ia sebab aku yg suke fikir terlalu jauh atau ia satu instinct yg sesuatu akan terjadi suatu hari nanti..

aku harap itu cuma perasaan semata-mata.. kdg2 aku rasa aku ni fobia je lebih.. dulu aku penah kehilangan org yg aku syg..penah juga jaga mak aku sakit teruk.. so, aku selalu rse x secure utk bersenang2.. tiap kali aku cuba nk happy2, msti aku terfikir gak kemungkinan terburuk tu..

aku percaya, hidup ni ada kitaran.. sekejap kita gembira, sekejap kita akan menangis.. jadi, bila aku gembira, aku mula terfikir kalau2 sekejap lagi aku akan sedih..

perasaan ni wat aku rasa takut utk bergembira..

aku harap suatu hari nnt aku akan dapat positifkan diri aku and dapat nikmati hidup mcm org lain jugak..

Monday, March 8, 2010

minggu yg aku tak bpe nk suke..

hmm...hari ni sume dak da present topik msg2.. aku da penat fikir topik utk second presentation tp x jugak jumpa topik yg betul2 berkenan di hati..

ntah nape aku asyik terfikir michael jackson je..

tapi madam ckp second presentation ni mesti more academic.. buntu aku.. terus hilang sume idea bernas aku..

esok aku kne present mse kelas criminal law.. slide da siap tp x print n fotostat lg.. mlm cket la bru uruskan..

esok gak ada kelas sebelah mlm.. kelas admin law.. aku x phm sgt sbnrnye apa yg sir ajar selama ni.. mcm ringkas sgt tp aku tahu subjaek tu sudsah..

lausa, aku ada test admin..matilah aku.. x study lg.. aku rse lau aku bce pun, kemungkinan besar aku still x phm..

tapi xpela, cuba je yg terbaik, janji x berputus asa mcm sem lepas.. sem ni aku sihat. so, should be no problem to concentrate on my study..

chaiyok....! gambatte kudasai..........!!!!

Saturday, March 6, 2010

poem: i wish..


I wish..


God willing to give me a piece of memory about my dad

I wish...

I could tell somebody the story of mine together with dad


I wish...


I could remember each line at every inch of my dad's face


And draw a picture of him


On a piece of paper


I wish..


I can hug mum and dad on my convocation day
I wish..


I could say a simple phrase


"happy father's day dad.."


As my friends always did every year


I wish I have a dad..


I wish I know him..


I wish I remember the moment I still have a dad


I wish I could..



lawatan yg menginsafkan..

assalamualaikum..

hmm..da lme x update blog ni..

xtau nk tulis pape.. idea puisi x dtg lg

hmm.. mengarut jela yer..

td g lawatan umah org2 tua kt melaka

thought it would be s/thg useful..bleh dikongsi bersama

inilah yg dpt aku cterkan..

mse mula2 msuk kt asrama org2 tua, adalah sorg makcik ni pgil aku..

ingatkan dia nk ckp pe, rupenye nk mengadu yg duit dia selalu hilang

terfikir gak, agaknya pihak pengurusan tak jujur n telus dgn amanah yg diberikan..

bukan nk kata ape la, tp org takkan ckp lau perkara sebenar tak terjadi

sedih gak la dengar citer dorg..

ada yg anak keje bagus tp mak bapak terbiar je..

kdg2 pelik gak dgn ragam manusia masa kini ni..

mcmane la seorang anak sanggup tinggalkn ibu dan ayah yg da besarkan dorg kt tempat yg cmtu..

sekali pandang dari luar mmgla nmpak cantik jer tempat tu tp hakikat sbnrnye cme tuhan je yg tahu..

tempat dhla berbau..yela, tmpat tu ramai penghuni tapi kakitangan sikit, mcmane nk jge semuanye..

yg sakit la, ada yg completely xleh bangun dan uruskan diri..

kesian...

org tua ni mcm baby, mudah tersentuh, kulit pn sensitif.. ditinggal anak pulak tu..

sepatutnya masa mcm nilah, anak2 membalas jasa org tua tp nmpknye anak2 sekarang da buta mata hati dek kekayaan yg dimiliki smpai sanggup buat mcm tu..

astaghfirullah.. moga2 mereka g terlibat akan menyesali perbuatan mereka dan sempat memohon ampun dari kedua org tua mereka..

amiin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...