WeLcOmE To My BlOg

jangan segan2 untuk membaca dan tinggalkan komen....!

Assalamualaikum

Thursday, March 25, 2010

adakah aku berdosa?

 Assalamualaikum w.b

dua tiga hari ni aku rse lain macam cket..bila aku fikir berulang2 kali, aku rse aku ni tak beriman sbb rukun iman ada cakap kita mesti percaya pada qada' dan qadar. bukankah itu bermaksud kita harus menerima takdir yang dah ditetapkan oleh Allah dalam hidup kita?

tapi aku, masih lagi macam dulu.. aku sendiri tak tahu kenapa aku mesti fikir gak kakak aku yang da meninggal tu.. memanglah lau fikir je tak mendatangkan apa2 keburukan..tapi dalam keadaan aku sekarang ni, aku tak rasa aku sekadar terfikir.. susah untuk aku menidakkan yang sebenarnya aku masih anggap dia seolah2 masih hidup sedangkan aku tahu dia da xde lagi dalam dunia ni.. apa2 yang aku buat, aku selalu ingat dia dan yang peliknya aku kadang2 lupa yang dia da meninggal dunia. aku rasa cam susah nak anggap yang dia da meninggal walaupun memang tulah kenyataannya.

atas sebab tulah aku rasa aku ni masih tak mampu menerima kenyataan hidup. walaupun aku tahu dia dah xde, aku masih berharap untuk jumpa dia kat dunia ni..dalam erti kata yang lain, aku tak dapat terima takdir dengan hati yang terbuka seperti yang seharusnya..seperti yang dikatakan dalam rukun iman.. maka, adakah aku akan dikira sebagai hambaNya yang tak beriman..?? adakah aku berdosa apabila aku tidak dapat mengekang diri dan hatiku dari terus berharap untuk sesuatu yang aku telah tahu jawapannya iaitu MUSTAHIL..??

tolonglah aku Ya Allah.. aku hanya hambamu yang serba lemah.. aku tak mampu mengadakan apa yang tidak ada.. aku hanya mampu merancang dan bukannya menetukan.. aku sedar akan hakikat itu.. aku tahu tapi apalah dayaku untuk menolak ujian yang Kau turunkan apabila aku tidak mampu melupakan hasrat ku yang telah kusimpan bertahun2 lamanya.. Ya Allah, bimbinglah aku untuk menerima takdirmu.. bantulah hambamu ini Ya Allah agar dia tidak tergolong dalam kumpulan orang2 yang tak beriman..

~Amiin~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...