WeLcOmE To My BlOg

jangan segan2 untuk membaca dan tinggalkan komen....!

Assalamualaikum

Monday, December 19, 2011

Anugerah Yang Menyakitkan...

Assalamualaikum...

Jujur aku katakan semalam hati aku rasa luluh sangat-sangat. Entah kenapa, perkara yang sama tetap menimpa aku berulang kali. Berawal dengan satu ikatan persahabatan... berkembang menjadi suatu ikatan yang sukar digambarkan dengan kata-kata...tapi berakhir dengan kekecewaan..

Dari dulu sampailah sekarang, aku selalu rasakan diri aku miliki satu anugerah yang istimewa di mana aku berkebolehan untuk mendengar dan menyelesaikan masalah orang. Ada masanya aku pun tak sedar sehinggalah ia berlaku berulang kali.. Orang-orang yang mempunyai masalah sering menjadikan aku sebagai tempat rujukan.. aku bersyukur Allah kurniakan aku dengan kebolehan seperti tu. Aku mudah mendapat kepercayaan orang. Itu semuanya datang dari Allah. Tapi kadang-kadang aku terkilan.

Terkilan kerana jauh di sudut hati aku, aku pun mahukan kebahagiaan tapi acapkali aku hanya mampu melihat kebahagiaan orang lain. Tak dapat mengecap nikmat itu. Kadang-kadang rasa hidup aku ni macam untuk orang lain sahaja dan bukan untuk diri aku sendiri. Kenapa aku rasa macam tu..



Aku bersyukur dapat buatkan seseorang itu bahagia hasil dari nasihat yang aku berikan, tapi dalam masa yang sama aku rasa sakit melihat kebahagiaan itu kerana aku sendiri tidak mengecap nikmat seperti tu. Rasa cemburu.. Iri hati..Senang kata aku rasa sakit tengok kebahagiaan orang lain. Dalam rasa syukur, aku rasa sakit yang tak mampu aku buang jauh-jauh dari diri aku.

Ya Allah, inikah dugaan untukku...? Mampukah aku menghadapi dugaan ini seperti yang Kau kehendaki...? Ya Allah, tenangkanlah hati ini... Ubatilah luka hati ini biar tidak kurasakan sakitnya...

Thursday, December 15, 2011

Dying Man's Final Wish

Assalamualaikum...

Semalam aku baca satu kisah tentang permintaan terakhir seorang penghidap kanser paru-paru... Kevin McClain, 57 tahun yang tidak mempunyai rumah ketika dikejarkan ke Mercy Medical Centre, mempunyai seekor anjing betina yang diberi nama Yurtie (juga dikenali dengan nama panggilan Yurt) dan telah tinggal bersama anjing tersebut di dalam kereta miliknya di Cedar Rapids. Kevin kemudiannya dipindahkan ke Hospice House dan Yurt pula dihantar ke tempat perlindungan haiwan. Yurt digambarkan tidak gembira dan murung apabila dipisahkan dari tuannyaa untuk dihantar ke tempat perlindungan haiwan tersebut.

Ketika Kevin dialihkan dari katil ambulans ke atas katil wad, dia memberitahu Jan Erceg (Area Ambulance Service Paramedic Specialist) yang secara kebetulan merupakan sukarelawan di tempat perlindungan di mana Yurt ditempatkan, bahawa dia mempunyai seekor anjing. Kevin memberitahunya akan nama anjing tersebut (Yurt) dan dia dengan cepat dapat mengenal pasti anjing yang dimaksudkan.

Sejak Kevin dan Yurt terpisah, Kevin sentiasa meminta untuk bertemu dengan anjing kesayangannya itu sekali lagi. Itulah permintaan terakhirnya. Ia adalah permintaan yang sangat mudah, namun bagi Kevin, ia mempunyai makna yang sangat besar pada hari-hari terakhirnya. Atas usaha pihak Hospice House, ambulans dan juga tempat perlindungan haiwan di mana Yurt ditempatkan, permintaan terakhir Kevin dapat ditunaikan pada tanggal 11 Mei.

Yurt ketika dibawa berjumpa Kevin.

Sebaik sahaja Kevin membuka mata dan melihat
Yurt, dia dengan segera dapat mengenalnya
dan Yurt pula menjilat tangan dan mukanya
(menurut Brandi Garrett, patient care coordinator).



Yurt seperti tahu akan kehilangan Kevin.
manja


Kelvin tidur dgn tenang bersama 'buah hatinya'
keakraban antara haiwan dan manusia

Akhirnya, pada saat-saat akhir Kevin, Yurt ada di sisi tuannya itu. Kevin menghembuskan nafasnya yang terakhir tiga hari selepas pertemuannya dengan Yurt.

Demikianlah kisah keakraban Kevin McClain dan Yurtie, seekor anjing. 

Kisah ni sangat menyentuh perasaan. Aku nangis masa baca kisah ni dan sebab itulah aku ceritakan semula dalam entri kali ni (Kisah asal yang aku baca tu dalam bahasa Inggeris). Tak buat salin dan tampal pun tau...^^(kecuali gambar).

p/s: Anjing pun tahu mengharhai kasih sayang. Manusia yang tak tahu menghargai kasih sayang lak tak tahu la nak cakap macamane. Fikir2kanlah sendiri..Sekian.

~Salam~

PENEMUAN MANUSIA RASAKSA KAUM A'AD

PENEMUAN MANUSIA RASAKSA KAUM A'AD

Aktiviti eksplorasi gas di wilayah selatan gurun pasir Arab telah menemui beberapa tengkorak manusia bersaiz raksasa yang sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini dikenali sebagai "Penempatan Kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka daripada umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian daripada pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia berhasil daripada evolusi monyet dan beruk.

Penemuan Arkeologi di Kota Iram

Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir."

Yang membuatkan penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagaimana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan dapat ditemui lalu kini mereka tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.

Nicholas Clapp ialah seorang arkeologi amatur yang telah menemui kota legenda yang disebutkan di dalam Al Quran. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia". Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah".

Semua nama tersebut bermaksud "Tanah Arab yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang menguntungkan itu?

Keberuntungan mereka sebahagiannya berkaitan dengan kawasan mereka yang begitu strategik untuk menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang mendiami di daerah ini juga menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi daripada sejenis pokok langka. Kerana ia sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam pelbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya menyamai harga dengan emas.

Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas telah sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkajinya dengan lebih mendalam lagi.

Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas maka beliau berasa yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Pertama, ia menemui pusat-pusat yang menurut suku Badwi adalah benar-benar wujud. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit di daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak berkuasa untuk memotretkan daerah tersebut.

Clapp seterusnya mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemui peta dari daerah tesebut. Setelah membuat penelitian dan kajiannya maka beliau berjaya menemui lokasi bandar puba tersebut. Beliau ditemuinya melalui sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini telah menunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan untuk menuju ke kota berkenaan.

Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan.

Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat dilihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang ada di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang dia cari selama ini: pusat-pusat dalam peta tua itu bersesuaian dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dari satelit atas bantuan NASA. Maka matlamat terakhir daripada kesimpulan yang diambil beliau adalah pergi dan menggali tapak lokasi tersebut.

Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".

Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?

Setelah runtuhan-runtuhan mulai digali maka diketahuilah bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad yang berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan mirip seperti di dalam Al Quran kerana di antara pelbagai struktur yang digali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran. Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran:

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)


Read more: http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2011/08/penemuan-manusia-rasaksa-kaum-aad.html#ixzz1gWsk2b5R

Wednesday, December 14, 2011

Jom pakai Digi Easy Prepaid...!

Assalamualaikum....

Merujuk kepada tajuk di atas, hari ni aku rasa nak promote pelan Digi Easy Prepaid...hehe...(aku baru je bercadang nak guna, belum guna pun lagi sebenarnya...haha). Hurm...pelan ni dah lama sebenarnya dan aku pun bercadang nak guna dah lama cuma masa tu takde sape yang guna digi selain sorg kawan aku ni...So, aku fikir macam tak berbaloi pulak kan...

Tapi, nak dijadikan cerita, hasrat aku tu kembali berputik bila semalam, masa Ricd call aku (Ricd pengguna Digi), dia ada la promosikan Digi... Katanya boleh call dan sms free...Dia dah daftar 3 nombor (Buddyz) iaitu no mak dia, adik n ex-gf dia... So, kalau aku guna Digi, dia boleh masukkan no aku..mungkin gantikan no ex-gf dia kut...sebab Buddyz ni terhad kepada 3 no je...

Jadi, hari ni aku pun dengan penuh semangat dan berkobar-kobar terus buka laman web rasmi www.digi.com.my dan mulakan pencarian untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pelan-pelan tersedia Digi...Akhirnya aku dapat cari info pasal pelan yang aku dah lama minat tu... Nama pelan tersebut ialah Digi Easy Prepaid... Apa yang menariknya tentang pelan ni ialah boleh call n mesej free dengan 3 buddyz dari pukul 00:01 hinggalah 18:00 ( 12.01 tgh malam/pagi -6 petang). 18 JAM PERCUMA je..



Tak pun, kalau xdapat call dlm waktu tu atau 18 jam tu masih tak cukup/puas tapi masih ada niat nak bergayut, boleh juga buat Super Buddyz...cuma perlu langgan 0.99sen untuk menikmati panggilan dan mesej PERCUMA SEPANJANG HARI...! Hurm...menarik kan? Kalau aku sendiri, aku boleh pujuk mak aku pakai Digi sbb dia gne hp pun memang nak telefon aku...Puksu pulak memang kacang goreng je nak ajak gune Digi sebab awek dia si Yan tu mmg gne Digi..dan Ricd memang pengguna Digi... Haaa...ckup dah 3 org untuk didaftarkan sebagai Buddyz...




Untuk maklumat lanjut boleh la layari sendiri laman sesawang Digi di alamat:-


(kebas tangan menaip lau semuanya nak citer kat sini...huhu)

Ok la, setakat ni jelah dulu...Sekian

~Salam~

Tuesday, December 13, 2011

Another call from Maxis

Assalamualaikum...

Hari Sabtu lepas, aku ada post kt sini psal penukaran akaun maxis aku dari prepaid ke postpaid...aku dah ceritakan bagaimana agen maxis yang sengal itu telah menelefon dan memujuk aku untuk menukar pelan sedia ada kepada postpaid. Untuk makluman, semalam akaun aku telah pun ditukar kepada postpaid tanpa rela...huhu.. Walaupun aku memang dah bersetuju tapi sebenarnye persetujuan aku tu diberi atas dasar aku malas nak layan agen tu berceloteh panjang lebar, bukan sebab aku memang nak tukar...huhu

So, sebaik sahaja aku dapat mesej pengesahan pertukaran akaun aku dari prepaid ke postpaid, aku terus tak guna dah no tu. Aku dah matikan no tu dan sekarang dengan bahagia menggunakan no celcom aku. Selama ni aku tak guna no ni sebab takde kredit dan malas nak top-up. Tapi semalam dek kerana terdesak, puksu top-up rm10 kt no tu...ALHAMDULILLAH....huhu..rezeki jangan ditolak..betul x? hehe...

Semalam jugak aku hantar email kt maxis customer service dan dijanjikan kes aku akan dapat perhatian dalam tempoh satu hari bekerja. Terus terang aku tak harap sangat pun email aku yang berbentuk aduan tu dilayan.. Menakjubkan bila tadi, waktu aku tengah 'blur' jawab soalan take home test jurisprudence I aku, aku terima call. Dalam hati berdebar jugak sebab kt skrin hp tertulis 'PRIVATE NUMBER'..mula-mula rasa malas nak jawab tapi entah macamane entah, aku jawab jugak..Tadaaaaa...! Maxis lagi tapi kali ni menjawab aduan yang aku hantarkan melalui semalam tu...

aku tak pasti la dia senyum ke tak...pasal tak nampak..hihi


Dia cakap aku tak boleh tukar balik ke pelan prepaid sebelum cukup 6 bulan. So, aku pun dengan asas undang-undang kontrak ['contract' dalam bahasa melayu kontrak ke ek? aku pun tak pasti] mulalah mengungkit detik-detik perbualan romantik tapi merimaskan aku dengan agen maxis tempoh hari... aku merujuk kepada kenyataan agen tersebut bahawa jika pihak maxis tidak menerima borang daripada aku, akaun postpaid aku ditukar semula kepada akaun prepaid. Aku dengan penuh yakin bagitahu pihak customer service yang menelefon aku tadi bahawa yang sebenarnya aku 'rely' pada 'words' agen tu...[aku gne bahasa asing kali ni bukan sebab aku tak tahu maksud perkataan 'rely' dan 'word' tapi masa aku cakap tu memang macam tulah aku sebut]. Kalau ikutkan, aku memang boleh bergantung pada persetujuan lisan (oral agreement) antara aku dengan agen tu sebab belum ada persetujuan bertulis (written agreement). 

Atas alasan yang aku berikan tadi tu, pihak customer service tu bagitahu aku yang dia akan tanya kat agen yang telefon aku tempoh hari tu dan akan bagi pengesahan selepas tu. Aku harap sangat-sangat akaun aku tu boleh tukar balik kepada prepaid. Kalau tak, terpaksa la aku pakai bil ataupun hentikan perkhidmatan dan guna no baru...huhu..ok lah, rasa macam dah melarat-larat pulak post aku kali ni. Sampai sini ajelah untuk hari ni...Sekian.

~Salam~


Sunday, December 11, 2011

Ujian mengesan Jin Dalam Badan-RUQYAH SHARIAH

Assalamualaikum....

Dalam post kali ni, aku nak berkongsi cara-cara untuk mengesan kehadiran jin yang menumpang dalam badan kita. Ada antara kita mungkin selalu atau pernah mengalami gangguan dan beranggapan adanya jin yang turut sama menghuni rumah kediaman kita..Tapi tahukah anda bahawa terdapat kemungkinan gangguan tersebut datangnya dari jin yang menumpang dalam badan anda sendiri? Berikut adalah cara-cara untuk mengesan kehadiran jin dalam badan..

Pertama
-mainkan RUQYAH SHARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (durasi=20minit) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

p/s: Elakkan mendengar ketika sedang memandu. (Ini kerana salah satu simptom yang mungkin dialami oleh seseorang yang mempunyai jin dalam badan ialah mengantuk. Memandu dalam keadaan mengantuk boleh membahayakan keselamatan diri anda dan pegguna jalan raya yang lain.)










Langkah 2
-Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik di mulut atau di hati.

Langkah 3
-Perhatikan setelah selesai. Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Di bawah ini ada sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara2 mengetahui adakah kita mewarisi saka.







~bersambung~

Saturday, December 10, 2011

Si kecil berbakat besar....





Maxis Postpaid..? apa kebende alah tu?

Assalamualaikum...

huh..tengah asyik melayan lagu rock kapak 90an, tetiba ada call masuk...sape la pulak call aku ni..no tak kenal.. aku pun jawab..rupa2nye dari maxis..dia ckap aku terpilih untuk penukaran akaun prepaid kepada postpaid percuma.. aku sebenarnye blur je masa tu...yelah, aku bukan pernah pakai bil..tapi bila 'digoda' dengan tawaran2 menarik tu, aku pun setuju.. lepas tu mulalah nak menggelabah tak tentu pasal..takut mahal la..takut kena tipu la..takut itulah, takut inilah...adoyai...tapi nak buat macamane, dah setuju da pun...hurm...sekarang ni masih rasa berdebar2...

orang maxis tu kata boleh bayar bil tu dekat petronas..hurm...cuma bagi no ic n no hp...hurm...ntahla, aku mmg risau tahap gaban dah ni...ntah apelah gaknye jadi...aku pun bengong jugak, tak kuat pendirian..mula2 dah kata taknak, aleh2 boleh setuju...aduhai...shakinah shakinah...sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi....huhu...



ok la...tu je nk cter tak puas ati..huhu..sekian

~Salam~

Thursday, December 8, 2011

UiTM Shah Alam banjir...?

Assalamualaikum..

Tadi siang dalam pukul 11 pagi aku pergi Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam...dah empat hari selesema tak baik jugak, nak taknak kena jugak pergi jumpa doktor..dapatlah lima jenis ubat..amek kau...macam la aku ni penggemar ubat..tapi tadi aku makan la jugak dengan harapan leh cepat sembuh... aku balik dalam pukul 11.30 pagi masa tu..hujan gerimis..dah la aku ni tak sihat, balik berjalan kaki dalam hujan gerimis pulak...memang sengaja nak memburukkan kesihatan aku...huhu

sejurus lepas aku balik tu, hujan pun turun dengan lebatnya..aku tak tengok pun keadaan kat luar tapi aku tau hujan lebat sebab dengan bunyi hujan dengan guruh/petir yang berdentam-dentum.. masa ni aku dah mamai2 dah..sebab baru lepas makan ubat batuk..dah tak kira dah apa nak jadi kat luar tu..aku tidur nyenyak betul masa tu...macam tidur waktu malam..huhu

baru-baru ni aku dapat tahu UiTM Shah Alam dah banjir pulak...mula-mula roomate aku cakap, kawasan dekat ngan Giant banjir paras lutut, yang baru aku dengar ni banjir dalam Uitm pulak...hurm, semestinya dekat kawasan pintu masuk seksyen 7...atau lebih tepat lagi hadapan Pusat Kesihatan yang aku pergi pagi tadi..

kat bawah ni ada gambar banjir tersebut...credit to Harian Metro/ myMetro..(Foto: Mohamad Naufal Mohamad Idris)


satu..dua...tiga tolak...!!! iyaaaaargh...!

sekian saje laporan untuk malam ni..sy Shakinah Abdul Hamid melaporkan bagi tv3/4...hehe

~Salam~

Wednesday, December 7, 2011

Test IL macam haram..!

Assalamualaikum..

pagi tadi aku ada test IL..mula2 sekali dapat je soalan, semua mengeluh sebab soalan panjang giler... test tu sepatutnya cuma mengambil masa lebih kurang satu jam..tapi disebabkan baca soalan pun dah amek masa yang panjang, maka masanya dipanjangkan menjadi dua jam... fikir punya fikir punya fikir...jawab punya jawab, rupa-rupanya masa tinggal lagi 45 minit...soalan kedua pun tak habis jawab lagi...ada dua lg seolan yang setiap satunya 5 markah..alamak...macamane ni??? dah mula la menggelabah..cuba jawab selaju mungkin...

kemudian, miss buat satu announcement yang menyebabkan jantung aku berhenti berdegup..(sekejap je), miss cakap boleh buka nota...masa ni tak tahu nak rasa gembira ke tak..sebab masa yang ttinggal tak banyak.. tapi, memandangkan miss dah bagi kebenaran, aku pun buka jugak nota aku...nsib baiklah nota aku tu dah sedia ringkas.. cuba jugaklah nak jawab semua soalan walaupun dalam hati ni memang dah tahu tak sempat punye nak jawab semua soalan... tulisan aku yang sebelum tu bulat2 dah berubah...dah jadi tulisan berangkai dah..tak tahu lah miss faham ke tak..harap-harap fahamlah...kalau tak, sia-sia jela aku menulis kelam kabut...huhu...


haa...mcm ni la rupe semua pelajar waktu jwb soalan IL..huhu

at the end, aku terpaksa juga tinggalkan satu soalan 5 markah...bukan aku sorg je, ramai jugak aku dengar tak sempat jawab soalan terakhir tu...tapi tak apelah, benda dah lepas, nangis air mata darah pun takkan berubah apa-apa...huhu...paling2 pun bila dapat ceritakan kat blog ni hilang sikit rasa terkilan tu...huhu..ok la, setakat ni saje buat waktu ni..sekian.

~Salam~

Tuesday, December 6, 2011

Macamane leh lupa ni..???

Assalamualaikum...

Hurm...esok aku ada test Undang-undang Antarabangsa iaitu Internatioonal Law dalam bahasa omputehnye..huhu...tapi, nak dijadikan cerita aku tak ingat langsung sampailah pagi tadi roomate aku sebut pasal test tu...Ya Allah, dah la ni kali kedua aku amek subjek IL, boleh pulak lupa test hari esok..melampau betul.. mentang-mentanglah tak suka subjek tu, suka2 hati je lupa test...huhu

sememangnye aku tak suka subjek IL...aku bukan minat nak tahu psal negara-negara luar nih... makulumlah, benda2 ni semua terjadi sebab politik..aku pulak mmg benci n menyampah dengan benda2 politik ni.. agaknye sebab tu aku sangkut kut...haha...belajar benda yg kte x suka ni memang susah nak masuk dalam otak...huhu

ok la, aku nak rehat... ble x sihat ni sekejap je dah rasa letih..huhu...daaaa...

~Salam~

owh selesema...berulang kali aku katakan...

Assalamualaikum...

Semalam selesema...hari ni pun selesema lg...owh selesema, berulang kali aku katakan, jangan kembali lagi..aku tidak memerlukanmu...tapi ternyata selesema tidak mampu melupakanku..owh, besar sungguh cintanya padaku...tapi aku tetap tidak mampu mencintaimu...maafkan aku...

hurm...apa yang aku mengarut kat atas ni...xpelah, bila sihat pun mengarut, inikan pulak time tak sihat... semalam aku tidur awal gler..dengan baju gi kelas lak tu..tak senonoh betul..dah la tak mandi, salin baju pun tidak...tak larat tul..rasa macam taknak bangun je..tapi lau dah tak bangun lagi tu dah mati...huhu...tak mahu..belum cukup amal lagi ni..hehe...

hurm...pe kata baca doa ni...moga2 sembuh segala penyakit...AMIN...

Doa Mohon Kesembuhan Daripada Penyakit


ok la, ini saja yang mampu aku tulis untuk pagi ni...(malam xtau lg..huhu)..hidung pun dah mula mengeluarkan mukus...haha...kena la berhenti dulu..k, bubye..

~Salam~

Sunday, December 4, 2011

GILER, Inai dan gambar??? apa kaitannya??

Assalamualikum...

Stress macam mana pun tetap kena bagi salam jugak...betul tak? hehe..Hari ni hari Ahad, 4 Disember 2011.. Sekejap je lagi aku akan gila sebab esoknya aku kena buat dua presentation, submit satu assignment yang aku blum buat pun lagi dan esok jugak aku ada ujian ketiga kertas undang2 keluarga sivil..argh, aku tak tahu nak dahulukan yang mana satu. at the end, aku dapat satu idea...hurm...apa kata aku hilangkan stress dengan meng'update' blog...menambah apa-apa yang sebelum ni tiada dalam blog aku... mengubah design supaya aku tak bosan tengok blog aku sendiri...maklumlah, nak harapkan orang lain baca blog aku entah ada ke tidak..jadi, update la untuk kepuasan sendiri je..huhu

-----------------------------------------------------

ok, sekarang nak masuk cerita lain pulak...dua tiga hari ni aku suka benar berinai..tapi sebelah tangan je..sebab aku malas nak train tangan kiri aku yang sememangnye keras ni untuk melukis inai... buat punya buat, lawa la jugak hasilnye...huhu..

haa, cntik x? hihi..daun lg beso dari bunge..

semalam jugak, aku cari video cara-cara melukis inai dan tak sangka pulak banyak tutorial cara2 melukis inai ni kat youtube.com.. rasa macam nak download je semua tapi takut nanti internet lembab..kang tak pasal-pasal lak kena marah...huhu..

anyway, sebenarnya kan....gambar kat atas ni adalah gambar pertama yang aku upload masuk dalam blog...tak pernah buat sebelum ni sebab aku tak reti... ingatkan susah..rupanya senang je...haha..susah juga kalau dah rabun teknologi ni.. hihi..

ok, dah takde bende lg aku nak cakap, dah kering idea, so, daaaaaaa.....

~Salam~

Friday, December 2, 2011

sendiri sekali lagi..

Assalamualaikum.

Sejak balik dari cuti pertengahan sem yang lepas ni, aku rasa tak secure je.. Entahlah, mungkin aku terlalu fikirkan seseuatu yang negatif sedangkan kenyataannya mungkin tidaklah seburuk yang aku sangkakan. terus terang aku risau jika suatu hari nanti aku kehilangan orang-orang yang aku sayang. 

Sejak aku tubuhkan group facebook (Salasilah Keluarga Abdul Hamid bin Jawani), aku rasa satu perasaan yang aku sendiri tak dapat gambarkan. Ada rasa gembira sebab aku dapat berhubung dengan abang aku, kakak ipar, anak-anak saudara, cucu saudara pun da ada facebook..Rasa sedikit ruang kosong dalam hati aku dah mula dihuni oleh mereka-mereka ni. Memang dah lama aku impikan untuk dapat berhubung dengan semua ahli keluarga aku. Mungkin bagi orang lain, apelah yang penting sangat sampai perkara yang macam ni pun boleh diimpikan. tapi bagi yang tahu apa yang aku lalui selama hidup aku, pasti mengerti apa yang ada dalam hati aku. rasa kosong, rasa kehilangan, rasa tiada arah tuju...semuanya pernah aku lalui. Menghadapi semuanya sendirian tanpa berkongsi dengan sesiapa dah jadi cara hidup aku. Mungkin sebab itulah Allah bagi ujian yang sebegitu beratnya pada aku, sebab aku mampu laluinya. Allah takkan bebankan kita dengan apa yang tak mampu untuk kita tanggung...itulah yang selama ni aku pegang dan ternyata aku memang dapat laluinya walaupun cuma separuh hati. Separuh hati lagi mengharapkan aku tak perlu hadapi semua itu. tapi sekarang, aku tak perlu lagi rasa semua tu. Sekarang aku dah ada apa yang aku impikan. Sepatutnya aku gembira la kan..

ni cucu sedara aku yg da ada fb...aku umo 21 bru ada fb...ish3


Tapi, sebagai manusia yang tak pernah cukup dengan apa yang ada, aku masih berasa kekurangan. Maklumlah, walaupun aku dah boleh hubungi ahli-ahli group tu, tapi mereka bukan kenal aku pun...Separuh je yang kenal dan separuh lagi x kenal. yang x kenal tu jadi ahli pun sebab abg aku yang masukkan dalam group. kalau bukan abang aku yang masukkan mereka sebagai kenalan, sampai ke sudah la aku tak tahu mereka ni darah daging aku. Sebak jugak bila fikir nasib aku yang selalu je dilupakan. Dari dulu sampailah sekarang..agaknya memang nasib aku dah ditentukan macam ni.. Tak apelah, aku kan kuat. Selama ni aku boleh bertahan, takkan perkara yang macam ni pun boleh buat aku rasa lemah.

Selain tu ada juga perkara lain yang aku bimbangkan. dari aku tingkatan 3 (2004) sampailah sekarang (2011) aku tinggal dengan pakcik aku. Sedar tak sedar, dah 7 tahun aku hidup bergantung dengan puksu. bukan bergantung apa tapi bergantung harap. Puksu jelah tempat aku menumpang kasih. Puksu la ayah aku, abang aku, kawan aku, sahabat aku... Terlalu banyak yang dah aku lalui bersama dengan puksu. Yelah, aku perlukan dia bila aku perlukan sokongan. Dia pulak perlukan aku untuk jadi teman supaya tak sunyi. Tapi kebelakangan ni aku rasa peranan aku dah semakin berkurangan. Puksu dah tak sunyi lagi. Dia dah ada teman baru yang lagi special. Sekarang, puksu jarang sms aku tanye khabar. Jarang call aku. Tak macam dulu. Aku terpaksa berbalik kepada aku yang dulu. Shakinah yang lalui semuanya bersendiri. Mahu tak mahu, cepat atau lambat, aku yakin aku akan terpaksa lalui semua tu sekali lagi.

this is puksu


Oleh sebab aku tak mampu mengelak dari kenyataan tu, aku dah buat keputusan untuk tak bergantung lagi pada puksu. Aku cuba hidup sendiri. Kalau ikutkan hati, aku memang tak sekuat itu tapi aku tetap akan cuba. Aku tak nak ada sesiapa pun menganggap aku sebagai penghalang puksu untuk mengecap kebahagiaan hidup berkeluarga. Cukuplah cemuhan-cemuhan yang dah aku terima selama ni. Cukuplah dan aku tak mahu terima lagi cemuhan-cemuhan seperti tu.. Mungkin hati aku tak rela untuk lepaskan segalanya tapi aku terpaksa juga lakukan. Itu jauh lebih baik dari mendengar kata cemuhan. 

Aku harap, aku punya kekuatan untuk terus jalani hidup ni dan akan bertemu kebahagiaan yang aku dambakan selama ni.. Andai hari ini aku terpaksa lepaskan segala-galanya yang aku kasihi untuk mendapatkan secebis kebahagiaan yang aku dambakan, aku akur.. Lagipun, hidup sebenarnya bukan untuk dinikmati tapi untuk dihargai.. 

Thursday, December 1, 2011

aku akan kembali...!!!

OMG....! lme gler aku x update blog ni smpai da lupe nme blog..address blog..sume aku lupe..nsib la aku ingat akaun gmail aku...huhu

hurm...perkembangan terbaru, aku sedang berteman baik dgn seorang mamat (ridz). Ridz ni asalnye org kelantan tp da lme keluar dri kelantan n sekarang ni bekerja di johor bharu...dia seorang photographer n graphic designer.. aku dengan dia byak perbezaan tp kami serasi je.. ntah la..mungkin sbb dia menghormati aku kut.. aku xleh nk ckap lebih2 sekarang sbb kami berkawan je... hal akan datang xtahu la..tp yg pasti skrg aku selesa dgn dia..rse ceria je dgn dia..hehe..

Ridz


harap, kami kekal sekurang2nye sebagai sahabat...selebih2nye hanya Allah yg tahu..huhu..sekian..

~Salam~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...