WeLcOmE To My BlOg

jangan segan2 untuk membaca dan tinggalkan komen....!

Assalamualaikum

Thursday, December 15, 2011

Dying Man's Final Wish

Assalamualaikum...

Semalam aku baca satu kisah tentang permintaan terakhir seorang penghidap kanser paru-paru... Kevin McClain, 57 tahun yang tidak mempunyai rumah ketika dikejarkan ke Mercy Medical Centre, mempunyai seekor anjing betina yang diberi nama Yurtie (juga dikenali dengan nama panggilan Yurt) dan telah tinggal bersama anjing tersebut di dalam kereta miliknya di Cedar Rapids. Kevin kemudiannya dipindahkan ke Hospice House dan Yurt pula dihantar ke tempat perlindungan haiwan. Yurt digambarkan tidak gembira dan murung apabila dipisahkan dari tuannyaa untuk dihantar ke tempat perlindungan haiwan tersebut.

Ketika Kevin dialihkan dari katil ambulans ke atas katil wad, dia memberitahu Jan Erceg (Area Ambulance Service Paramedic Specialist) yang secara kebetulan merupakan sukarelawan di tempat perlindungan di mana Yurt ditempatkan, bahawa dia mempunyai seekor anjing. Kevin memberitahunya akan nama anjing tersebut (Yurt) dan dia dengan cepat dapat mengenal pasti anjing yang dimaksudkan.

Sejak Kevin dan Yurt terpisah, Kevin sentiasa meminta untuk bertemu dengan anjing kesayangannya itu sekali lagi. Itulah permintaan terakhirnya. Ia adalah permintaan yang sangat mudah, namun bagi Kevin, ia mempunyai makna yang sangat besar pada hari-hari terakhirnya. Atas usaha pihak Hospice House, ambulans dan juga tempat perlindungan haiwan di mana Yurt ditempatkan, permintaan terakhir Kevin dapat ditunaikan pada tanggal 11 Mei.

Yurt ketika dibawa berjumpa Kevin.

Sebaik sahaja Kevin membuka mata dan melihat
Yurt, dia dengan segera dapat mengenalnya
dan Yurt pula menjilat tangan dan mukanya
(menurut Brandi Garrett, patient care coordinator).



Yurt seperti tahu akan kehilangan Kevin.
manja


Kelvin tidur dgn tenang bersama 'buah hatinya'
keakraban antara haiwan dan manusia

Akhirnya, pada saat-saat akhir Kevin, Yurt ada di sisi tuannya itu. Kevin menghembuskan nafasnya yang terakhir tiga hari selepas pertemuannya dengan Yurt.

Demikianlah kisah keakraban Kevin McClain dan Yurtie, seekor anjing. 

Kisah ni sangat menyentuh perasaan. Aku nangis masa baca kisah ni dan sebab itulah aku ceritakan semula dalam entri kali ni (Kisah asal yang aku baca tu dalam bahasa Inggeris). Tak buat salin dan tampal pun tau...^^(kecuali gambar).

p/s: Anjing pun tahu mengharhai kasih sayang. Manusia yang tak tahu menghargai kasih sayang lak tak tahu la nak cakap macamane. Fikir2kanlah sendiri..Sekian.

~Salam~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...