WeLcOmE To My BlOg

jangan segan2 untuk membaca dan tinggalkan komen....!

Assalamualaikum

Sunday, December 4, 2011

GILER, Inai dan gambar??? apa kaitannya??

Assalamualikum...

Stress macam mana pun tetap kena bagi salam jugak...betul tak? hehe..Hari ni hari Ahad, 4 Disember 2011.. Sekejap je lagi aku akan gila sebab esoknya aku kena buat dua presentation, submit satu assignment yang aku blum buat pun lagi dan esok jugak aku ada ujian ketiga kertas undang2 keluarga sivil..argh, aku tak tahu nak dahulukan yang mana satu. at the end, aku dapat satu idea...hurm...apa kata aku hilangkan stress dengan meng'update' blog...menambah apa-apa yang sebelum ni tiada dalam blog aku... mengubah design supaya aku tak bosan tengok blog aku sendiri...maklumlah, nak harapkan orang lain baca blog aku entah ada ke tidak..jadi, update la untuk kepuasan sendiri je..huhu

-----------------------------------------------------

ok, sekarang nak masuk cerita lain pulak...dua tiga hari ni aku suka benar berinai..tapi sebelah tangan je..sebab aku malas nak train tangan kiri aku yang sememangnye keras ni untuk melukis inai... buat punya buat, lawa la jugak hasilnye...huhu..

haa, cntik x? hihi..daun lg beso dari bunge..

semalam jugak, aku cari video cara-cara melukis inai dan tak sangka pulak banyak tutorial cara2 melukis inai ni kat youtube.com.. rasa macam nak download je semua tapi takut nanti internet lembab..kang tak pasal-pasal lak kena marah...huhu..

anyway, sebenarnya kan....gambar kat atas ni adalah gambar pertama yang aku upload masuk dalam blog...tak pernah buat sebelum ni sebab aku tak reti... ingatkan susah..rupanya senang je...haha..susah juga kalau dah rabun teknologi ni.. hihi..

ok, dah takde bende lg aku nak cakap, dah kering idea, so, daaaaaaa.....

~Salam~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...