WeLcOmE To My BlOg

jangan segan2 untuk membaca dan tinggalkan komen....!

Assalamualaikum

Friday, December 2, 2011

sendiri sekali lagi..

Assalamualaikum.

Sejak balik dari cuti pertengahan sem yang lepas ni, aku rasa tak secure je.. Entahlah, mungkin aku terlalu fikirkan seseuatu yang negatif sedangkan kenyataannya mungkin tidaklah seburuk yang aku sangkakan. terus terang aku risau jika suatu hari nanti aku kehilangan orang-orang yang aku sayang. 

Sejak aku tubuhkan group facebook (Salasilah Keluarga Abdul Hamid bin Jawani), aku rasa satu perasaan yang aku sendiri tak dapat gambarkan. Ada rasa gembira sebab aku dapat berhubung dengan abang aku, kakak ipar, anak-anak saudara, cucu saudara pun da ada facebook..Rasa sedikit ruang kosong dalam hati aku dah mula dihuni oleh mereka-mereka ni. Memang dah lama aku impikan untuk dapat berhubung dengan semua ahli keluarga aku. Mungkin bagi orang lain, apelah yang penting sangat sampai perkara yang macam ni pun boleh diimpikan. tapi bagi yang tahu apa yang aku lalui selama hidup aku, pasti mengerti apa yang ada dalam hati aku. rasa kosong, rasa kehilangan, rasa tiada arah tuju...semuanya pernah aku lalui. Menghadapi semuanya sendirian tanpa berkongsi dengan sesiapa dah jadi cara hidup aku. Mungkin sebab itulah Allah bagi ujian yang sebegitu beratnya pada aku, sebab aku mampu laluinya. Allah takkan bebankan kita dengan apa yang tak mampu untuk kita tanggung...itulah yang selama ni aku pegang dan ternyata aku memang dapat laluinya walaupun cuma separuh hati. Separuh hati lagi mengharapkan aku tak perlu hadapi semua itu. tapi sekarang, aku tak perlu lagi rasa semua tu. Sekarang aku dah ada apa yang aku impikan. Sepatutnya aku gembira la kan..

ni cucu sedara aku yg da ada fb...aku umo 21 bru ada fb...ish3


Tapi, sebagai manusia yang tak pernah cukup dengan apa yang ada, aku masih berasa kekurangan. Maklumlah, walaupun aku dah boleh hubungi ahli-ahli group tu, tapi mereka bukan kenal aku pun...Separuh je yang kenal dan separuh lagi x kenal. yang x kenal tu jadi ahli pun sebab abg aku yang masukkan dalam group. kalau bukan abang aku yang masukkan mereka sebagai kenalan, sampai ke sudah la aku tak tahu mereka ni darah daging aku. Sebak jugak bila fikir nasib aku yang selalu je dilupakan. Dari dulu sampailah sekarang..agaknya memang nasib aku dah ditentukan macam ni.. Tak apelah, aku kan kuat. Selama ni aku boleh bertahan, takkan perkara yang macam ni pun boleh buat aku rasa lemah.

Selain tu ada juga perkara lain yang aku bimbangkan. dari aku tingkatan 3 (2004) sampailah sekarang (2011) aku tinggal dengan pakcik aku. Sedar tak sedar, dah 7 tahun aku hidup bergantung dengan puksu. bukan bergantung apa tapi bergantung harap. Puksu jelah tempat aku menumpang kasih. Puksu la ayah aku, abang aku, kawan aku, sahabat aku... Terlalu banyak yang dah aku lalui bersama dengan puksu. Yelah, aku perlukan dia bila aku perlukan sokongan. Dia pulak perlukan aku untuk jadi teman supaya tak sunyi. Tapi kebelakangan ni aku rasa peranan aku dah semakin berkurangan. Puksu dah tak sunyi lagi. Dia dah ada teman baru yang lagi special. Sekarang, puksu jarang sms aku tanye khabar. Jarang call aku. Tak macam dulu. Aku terpaksa berbalik kepada aku yang dulu. Shakinah yang lalui semuanya bersendiri. Mahu tak mahu, cepat atau lambat, aku yakin aku akan terpaksa lalui semua tu sekali lagi.

this is puksu


Oleh sebab aku tak mampu mengelak dari kenyataan tu, aku dah buat keputusan untuk tak bergantung lagi pada puksu. Aku cuba hidup sendiri. Kalau ikutkan hati, aku memang tak sekuat itu tapi aku tetap akan cuba. Aku tak nak ada sesiapa pun menganggap aku sebagai penghalang puksu untuk mengecap kebahagiaan hidup berkeluarga. Cukuplah cemuhan-cemuhan yang dah aku terima selama ni. Cukuplah dan aku tak mahu terima lagi cemuhan-cemuhan seperti tu.. Mungkin hati aku tak rela untuk lepaskan segalanya tapi aku terpaksa juga lakukan. Itu jauh lebih baik dari mendengar kata cemuhan. 

Aku harap, aku punya kekuatan untuk terus jalani hidup ni dan akan bertemu kebahagiaan yang aku dambakan selama ni.. Andai hari ini aku terpaksa lepaskan segala-galanya yang aku kasihi untuk mendapatkan secebis kebahagiaan yang aku dambakan, aku akur.. Lagipun, hidup sebenarnya bukan untuk dinikmati tapi untuk dihargai.. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...