WeLcOmE To My BlOg

jangan segan2 untuk membaca dan tinggalkan komen....!

Assalamualaikum

Tuesday, December 13, 2011

Another call from Maxis

Assalamualaikum...

Hari Sabtu lepas, aku ada post kt sini psal penukaran akaun maxis aku dari prepaid ke postpaid...aku dah ceritakan bagaimana agen maxis yang sengal itu telah menelefon dan memujuk aku untuk menukar pelan sedia ada kepada postpaid. Untuk makluman, semalam akaun aku telah pun ditukar kepada postpaid tanpa rela...huhu.. Walaupun aku memang dah bersetuju tapi sebenarnye persetujuan aku tu diberi atas dasar aku malas nak layan agen tu berceloteh panjang lebar, bukan sebab aku memang nak tukar...huhu

So, sebaik sahaja aku dapat mesej pengesahan pertukaran akaun aku dari prepaid ke postpaid, aku terus tak guna dah no tu. Aku dah matikan no tu dan sekarang dengan bahagia menggunakan no celcom aku. Selama ni aku tak guna no ni sebab takde kredit dan malas nak top-up. Tapi semalam dek kerana terdesak, puksu top-up rm10 kt no tu...ALHAMDULILLAH....huhu..rezeki jangan ditolak..betul x? hehe...

Semalam jugak aku hantar email kt maxis customer service dan dijanjikan kes aku akan dapat perhatian dalam tempoh satu hari bekerja. Terus terang aku tak harap sangat pun email aku yang berbentuk aduan tu dilayan.. Menakjubkan bila tadi, waktu aku tengah 'blur' jawab soalan take home test jurisprudence I aku, aku terima call. Dalam hati berdebar jugak sebab kt skrin hp tertulis 'PRIVATE NUMBER'..mula-mula rasa malas nak jawab tapi entah macamane entah, aku jawab jugak..Tadaaaaa...! Maxis lagi tapi kali ni menjawab aduan yang aku hantarkan melalui semalam tu...

aku tak pasti la dia senyum ke tak...pasal tak nampak..hihi


Dia cakap aku tak boleh tukar balik ke pelan prepaid sebelum cukup 6 bulan. So, aku pun dengan asas undang-undang kontrak ['contract' dalam bahasa melayu kontrak ke ek? aku pun tak pasti] mulalah mengungkit detik-detik perbualan romantik tapi merimaskan aku dengan agen maxis tempoh hari... aku merujuk kepada kenyataan agen tersebut bahawa jika pihak maxis tidak menerima borang daripada aku, akaun postpaid aku ditukar semula kepada akaun prepaid. Aku dengan penuh yakin bagitahu pihak customer service yang menelefon aku tadi bahawa yang sebenarnya aku 'rely' pada 'words' agen tu...[aku gne bahasa asing kali ni bukan sebab aku tak tahu maksud perkataan 'rely' dan 'word' tapi masa aku cakap tu memang macam tulah aku sebut]. Kalau ikutkan, aku memang boleh bergantung pada persetujuan lisan (oral agreement) antara aku dengan agen tu sebab belum ada persetujuan bertulis (written agreement). 

Atas alasan yang aku berikan tadi tu, pihak customer service tu bagitahu aku yang dia akan tanya kat agen yang telefon aku tempoh hari tu dan akan bagi pengesahan selepas tu. Aku harap sangat-sangat akaun aku tu boleh tukar balik kepada prepaid. Kalau tak, terpaksa la aku pakai bil ataupun hentikan perkhidmatan dan guna no baru...huhu..ok lah, rasa macam dah melarat-larat pulak post aku kali ni. Sampai sini ajelah untuk hari ni...Sekian.

~Salam~


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...