WeLcOmE To My BlOg

jangan segan2 untuk membaca dan tinggalkan komen....!

Assalamualaikum

Monday, December 29, 2014

Dah tak boleh tahan..

Assalamualaikum..

Seminggu dua ni aku agak bengang ngan housemate aku, mia. Dah lama da aku sabar.. aku cuba nak faham kau mia.. aku cuba tau x..?!! Aku cuba nak selami apa rasanya xde ahli keluarga yg boleh dijadikan tempat bergantung.. aku cuba faham tindak tanduk kau.. aku cuba sabarkan hati aku sbb aku fikir kau xde mak ayah yg nak ajar cara bergaul dengan org.. aku cuba mia...! Aku cuba sedaya upaya aku..

Tapi kenapa kau tak boleh nak faham aku.. kenapa kau tak boleh nak rasa apa yg aku rasa.. kenapa kau tutup hati kau utk faham penderitaan org lain.. aku harap kau boleh rapat dengan aku..

Aku rasa kosong kat sini.. selain wan, aku xde sape2 lg yg aku betul2 percaya kat sini.. aku harapkan kau boleh faham.. tapi kau anggap aku ni apa mia.. kau cari aku bila kau nk kirim barang je.. tak pun pinjam duit.. bila mood kau tak baik, kau pandang aku pn nak taknak je kan..

Aku penat mia cuba nak faham kau.. aku rasa sakit hati.. maaf, aku dah tak boleh.. maaf sebab aku dah letakkan tembok yg memisahkan kita.. maaf kalau aku boikot kau, x cakap dengan kau, tak balas wassup kau.. aku penat dah.. pape kau cari la kawan2 kau masa kau happy2 tu.. anggap jela aku sampah tak guna dlm hidup kau..

Wednesday, September 24, 2014

Sekadar luahan rasa..dlm bentuk puisi..

Terkadang rasa hidup ni seperti permainan.. Rasa terpinggir dari keindahan.. Terhimpit oleh takdir yang tak diminta.. 

Rasa lelah dengan permainan dunia yang konon katanya indah.. Syurga sementara bagi yang alpa.. namun sering sahaja aku kebingungan.. Teka-teki apa yang dimainkan Sang Pencipta.. 

Diberikan seseorang kepada seseorang..Kemudian Dia mengambilnya kembali dalam keadaan tak terduga.. 

Diberikan hak kepada yang layak namun dibiarkan hak itu ternafi oleh jahil akal manusia..

Dibenarkan pula pada yang batil mengorak langkah dengan angkuh di dada..Seolah dialah raja di bumi dan di langit..

Diciptakan bingit kota yang dipenuhi pelbagai ragam penghuni, namun tetap saja merasa kosong..rasa sepi.. 

Ingin ditemani meski sudah berteman.. Ingin selalu perhatian sedang diri sudah punya pemerhati agung..

Harus bagaimana menghadapi segala.. Dipaksa bibir untuk tetap gagah tersenyum..Tapi tidak pada air mata yang tiada sabarnya keluar membasahi cerun pipi..

Monday, September 1, 2014

Terima kasih sgt2...!

Assalamualaikum.. dah lme x update blog ni.. Da mcm xtau nk tulis apa sekarang. Maklumlah dah lama tak menulis puisi bagai, bahasa pun dah lintang pukang..

Sekarang ni aku agak sibuk dengan keje, x sempat nk online kt cyber cafe. Ni pun dpt online skrg sbb baru je beli smartphone.. dah lama org lain pakai aku baru nk pakai.. huhuhu.. apa boleh buat, keadaan ekonomi x mengizinkan.  Aku x macam org lain, da kerja best2, aku ketinggalan.. huhuhu.. tp xpe, dah dpt hidup normal walaupun tak sesenang orang lain pn bagi aku dah cukup.  Alhamdulillah..
Emm.. tu jelah setakat ni, saje je Nk menghidupkan kebiasaan dulu, rasa mcm perlu pulak menulis dlm blog ni.. Yelah, bkn setiap masa ada org boleh dengar problem aku.. huhuhu

Ok la, malas da Nk ckp lg, bye..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...