WeLcOmE To My BlOg

jangan segan2 untuk membaca dan tinggalkan komen....!

Assalamualaikum

Monday, January 16, 2012

Aku belajar...tapi...



Aku belajar melupakan seseorang yang melupakan aku..

Aku belajar memaafkan semua yang menyakiti aku..

Aku belajar untuk jadi yang terbaik untuk orang yang aku sayangi..

Tapi sesuatu yang tak bisa aku pelajari

iaitu..

Harus belajar tersenyum disaat orang yang aku sayangi menyayangi orang lain..

Friday, January 13, 2012

kambing cute...!

Assalamualaikum w.b

Pagi ni aku chatting dengan Ridz, kebetulan dia tengah mencari idea untuk design packaging susu kambing.

So, aku post gambar kambing kat dia.. comel kambing tu..^^




Yang ni aku tak bagi la kat dia...wat naya je..ni utk simpanan sendiri jela..ibarat dah tulis surat tp tak post..huhu


Sekian untuk pagi ni...dah nak tgahari da pun..

~Salam~

Wednesday, January 11, 2012

Aku yang kau tinggalkan..

Assalamualaikum w.b...

Bangun tidur petang tadi terus teringat kat Zai. Entahlah, tak tahu apa pengakhiran pada hubungan aku dengan dia. Semalam aku ada hantar mesej kat dia guna nombor Maxis mak aku, buat-buat bertanya dia tu dia ke orang lain.. Dalam pukul 6 pagi tadi dia balas mesej tu, dia jawab " Aah ada apa". Sebelum ni aku cuba jugak fikir kemungkinan yang dia dah tak guna nombor tu lagi, atau dia takde kredit, atau macam-macam lagi. Tapi yang pasti dia masih gunakan nombor yang sama dan mempunyai kredit untuk membalas mesej.

Sebelum aku tinggalkan rumah, aku mesej dia guna nombor aku. Aku cakap aku ada exam pagi ni, dan aku minta dia doakan aku. Dalam hati berharap akan ada mesej balasan. Tak banyak pun tak apa. Satu pun jadi la. Tapi macam yang dijangkakan, handphone tu senyap aje. Sampailah waktu aku switch off hp tu dan on semula lepas balik dari exam. Masih sama. Takde walau satu balasan pun.

~sigh~

Mungkin aku patut mulakan proses melupakan dia. Kalau tak, hati aku ni takkan tenang. Sampai suatu ketika aku terfikir akan menerima kad jemputan perkahwinan dari dia.. ataupun terserempak dengan dia bersama perempuan lain... tapi kalau itulah cara pengakhiran yang bakal aku lalui, aku tak kisah.. aku terima je. Rasanya hati aku dah mati.. cukuplah apa yang dah aku rasa selama ni.



Kalau menyayangi seseorang hanya akan menyakiti hati aku sendiri, mungkin aku memang tak perlu menyayangi sesiapa. Cukuplah menyayangi darah daging sendiri walaupun mungkin aku akan tetap sakit bila kehilangan mereka di dunia ni..

Sekian untuk coretan kali ni.

~Salam~

Monday, January 9, 2012

M-A-L-A-S-N-A-K-S-T-U-D-Y

M- Masih awal...
A- Ala...exam je kot..
L- Layan muka buku dulu..
A- Alamak..!
S- Sok da nak exam...!

N- Nak risau apa
A- Aku kan terer
K- Kacang je nih...(saiko diri sendiri)

S- Sumpah aku blur
T- Tak tahu nak jawab apa
U- Uisy, rasa nak nanges, tapi
D- dah terlambat, nasi dah jadi bubur
Y- Ya Allah...kalau lah aku rajin dulu....

Sunday, January 8, 2012

Gaduh lagi???

Assalamualaikum w.b....

Semalam, dalam pukul 1 petang aku telefon Ridz. Masa tu dia kat ofis. Dek kerana aku terlalu gemertar nak menghadapi peperiksaan pukul 2 petang tu, aku pun menelefon ketiga2 orang Buddyz aku iaitu mak aku, puksu aku dan juga Ridz..yang aku dah lepaskan pastu menyesal tak sudah tu... Ya, dia la, siapa lagi...aduh, buat-buat tak tahu dan tak faham pulak... Aku rejam kang baru tau..

Ceritanya masa aku telefon dia tu, aku minta dia bagi aku semangat la sebab aku nak pekse. Semalam tu kertas pertama, tu yang debarannya semacam je..huhu.. Kira ok la dia pesan suruh aku baca doa sebelum jawab soalan.. Aku memang buat pun..

Lepas habis je exam tu, belum keluar dewan lagi aku dah mesej dia, punye la lega lepas habis satu kertas tu.. Tak kira la lulus ke tak, janji dah lepas, malas nak kenang-kenang lagi, buat sakit jiwa je..huhu.. Ridz tak balas pun... Dalam pukul 9 malam baru dia balas mesej aku. Rupanya dia tidur daripada petang membawa ke malam... Pastu sakit kepala, memang patut pun... Huhu.. Bukan la suka dia sakit tapi memang tak pelik la kan sakit kepala sebab tidur petang lama sangat.. Nasib baik tak gila lagi... Huhu

Dia cakap dia tengah bad mood sebab dia gaduh ngan Fatin, aku dengar jelah cerita dia. Dengar katanya, Fatin suka ungkit benda2 yang dah lepas.. Aku malas la nak tanya apa yang diungkit takut nanti aku pulak yang kena marah.. Aku nasihat jela dia supaya istigfar banyak2, mandi supaya sejuk sikit..biar bad mood tu tak melarat.. Dia kata nak mandi lepas tengok bola.. Tak kisah la, janji dia nak jugak ber'sms' ngan aku... 



Nak dijadikan cerita pasukan bola yang disokong pulak kalah... Makin tension la Ridz ni.. Nak tak nak dia pergi jugak mandi..

Masa ni macam2 yang aku fikir... Antaranya masa depan dua orang tu. Belum pape lagi dah asyik bergaduh je.. Entah macamane la agaknya kalau dua orang tu kahwin nanti.. Jangan terbang pinggan mangkuk dah la.. huhu..

haha...kalau la bertengkar pun kne ada lesen.. haru dibuatnye...^^
Aku tau, mesti ada yang fikir aku harap dua orang tu berpisah. Yela, entri sebelum ni pun nampak sangat aku cemburu kan... Hurm, tak mampu aku nafikan, sedikit sebanyak terdetik juga niat jahat nak tengok diorang berpisah tapi aku takdelah kejam sangat sampai mendoakan perkara yang tak baik.. Macam yang aku cakap sebelum ni la, kalau jodoh terbaik aku dengan dia, tak ke mana gak, kalau jodoh aku dengan orang lain pun aku terima jugak... InsyaAllah... Manusia cuma boleh merancang dan Allah yang menentukan... Huhu


Friday, January 6, 2012

Kenapa mesti ada cemburu?

Assalamualaikum w.b..

Entri kali ni berbunyi kenapa mesti ada cemburu?.. Ya, memang boleh teka yang sebenarnya aku memang seorang yang kuat cemburu.. Jangan fikir yang bukan-bukan dulu ye.. Cemburu ini luas skopnya..bukan cinta sahaja ye..

Apa yang aku maksudkan cemburu di sini ialah aku cemburu bila tengok kebahagiaan orang lain.. Pertama, aku cemburu tengok orang yang ada family yang lengkap.. Ada ayah, ada ibu, ada abang, kakak, adik, datuk, nenek..( dan yang sewaktu dengannya). Bila ada mak ayah orang datang melawat kawan-kawan aku kat Shah Alam ni, timbul satu perasaan cemburu.. Kenapa aku takde famili yang macam tu? Kali terakhir mak aku dan pakcik aku (yang paling rapat dengan aku) jejak kaki kat Shah Alam ni pun masa mula-mula hantar aku daftar UiTM. 

Sekarang aku dah dekat 3 tahun kat sini tapi takde pun sape-sape jenguk aku.. Hidup ke, mati ke, kering ke kat sini...Haih, seriously jealous... Tapi sebenarnya aku tak patut ada perasaan tu.. Kenapa? Sebab mak aku tak sihat..Pakcik aku pun takde duit nak selalu jenguk aku, tak macam mak ayah orang lain.. Kata orang ukur baju di badan sendiri.. Jadi aku tak pernah suarakan perasaan aku ni pada sesiapa..

bukan tak suke org kaya, jeles je, sbb satu hari nanti aku pun nk jd kaya gak..^^


Masa cuti sempena bermulanya 'Study Weeks' yang aku tak gunakan sebaiknya tu, aku balik kampung... Bunyi macam nak balik raya je kan, tapi dah memang kenyataan aku tinggal kat kampung, tak malu pun...Yup, I'm a Kampung girl and I'm proud... Berbalik pada cerita asal, mak aku dah bising-bising tanye aku bila konvo.. Ingatkan dia semangat nak tengok aku menggenggam segulung ijazah tapi rupanya dia nak kata yang dia malas nak pergi istiadat konvo tu..Sakit kaki katanya...Ouch, that's really hurt me inside... But as usual, I always smile though my heart was by that time broken into pieces...small small pieces. Aku tak mengalah camtu je, aku pujuk gak dia supaya datang...

Aku cakap, mak bukan pergi Shah Alam jalan kaki pun, kan naik kereta.. Then mak aku tanya, nak naik kereta siapa dan aku tak mampu beri jawapan...Sebabnya family aku memang takde kereta.. Itu pasal la bas dan teksi leh jadi kawan baik aku..huhu..Dah la, tutup citer pasal mak aku tu, nanti kang hujan lebat pulak...Bukan apa, taknak menyusahkan pejalan kaki yang lupa nak bawak payung..^^

Ke3, aku jeles tgok kebahagiaan Ridz ngan Fatin..hurm...it hurts...!

dari kiri: Ridz, Me, Fatin

Kedua, aku cemburu tengok orang yang ramai peminat.. BUKAN ARTIS ok... Yang aku maksudkan kawan-kawan aku yang dianugerahkan rupa yang cantik, kulit yang mulus, yang menawan la senang citer... Bukan la aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni...Aku rendah, tembam, tak berapa nak cerah, dan banyak lagi la ciri2 aku yang aku taknak sebut...Huhu.. Aku cuma cemburu... Kadang-kadang aku berharap aku boleh jadi macam anak itik yang hodoh dan kemudiannya bertukar menjadi seekor angsa yang cantik...Tapi tu angan-angan jelah... Aku cemburu sebab mereka-mereka yang cantik-cantik ini mudah mendapatkan perhatian, ramai yang minat, ramai yang sayang.. Aku cemburu... 



Tapi takpe la, cantik kalau hati tak cantik pun tak guna jugak kan... Kan kan kan? Bagi la aku support, ni baca muka serius macam nak makan orang je...Aku rejam jugak kang.. Hurm.. Oleh sebab aku tak cantik luaran, maka azam aku untuk jadi cantik hati.. Jadi, salah satu sikap yang aku kena buang untuk menjadikan aku cantik hati ialah sikap kuat cemburu aku ni.. Shiuh...! Nyah kau dari dalam hati aku...! Gi jauh-jauh and don't come back...! ( macam la boleh halau macam tu je kan...)

Ok la, aku dah penat menaip, baik aku gi buat apa yang sepatutnya aku buat... Hehe.. Semoga berjumpe lagi dalam episod yang akan datang...! BABAIBYE...(boboiboy da habis..T.T)

Sekian, daaaaaa...

~Salam~

Monday, January 2, 2012

ku ukir namamu...30/12/2011

Assalamualaikum w.b...

ok, entri kali ni aku nak tunjuk beberapa gambar hasil kreativiti aku... maklumlah, hati tengah lara... so, petang 30hb Disember 2011 tu aku pun pergi ke Pantai Sg. Buntu... waktu tengah termenung tu, pakcik aku boleh pulak bagi idea..."tak nak ukir kat pokok?".

memang sebelum ni aku kalau pergi pantai tak sah lau tak mencederakan pokok kat tepi pantai tu...so, inilah hasil kreativiti aku...saksikanlah...cewah... hurm... aku harap orang yang berkenaan tak tahu la blog aku ni n tak baca...kalau dia tahu, malu giler beb...tak tahu nak letak mana muka aku yang comel ni...bukan aku yang cakap, dia yang cakap aku comel...hehe...jangan marah, t cepat tua...hehe

hurm...inilah dia...sha <3 ricd 30/12/2011


dari sudut yang lebih jauh...cantik kan pemandangaan pantai..? tenang hati..

biarlah ia menjadi potret kenangan..


Sayang seribu kali sayang...



Assalamualaikum w.b...

hari-hari yang aku lalui terasa suram... semuanya kerana satu kesilapan yang tak seharusnya aku lakukan.. pernah suatu ketika aku melepaskan seseorang yang aku sayang untuk dia kembali ke pangkuan orang yang dia kasihi...aku tak menyesal melepaskan dia sebab aku tahu dia tak pernah sayangkan aku...dia cuma jadikan aku sebagai tempat untuk melepaskan tekanan.. walaupun aku rasa sedih masa mula-mula lepaskan dia, tapi kesedihan tu tak berpanjangan..mungkin sebab rasa sayang aku pada dia tak sebesar mana. lagipun aku tahu, aku dah berusaha dan dia tak mungkin sayangkan aku.. kiranya aku lepaskan dia selepas aku berusaha dan gagal..jadi, aku tak terkilan dengan keputusan aku melepaskan dia..



tapi baru-baru ni, aku dah buat satu kesilapan.. aku dah lepaskan seseorang yang aku sayang... aku cuma sedar yang aku sayang dia selepas aku melepaskan dia.. suatu saat tu, dia mengadu yang dia keliru nak pilih antara bekas kekasih dia atau seseorang yang dia suka sangat2 pada waktu tu.. aku tahu orang yang dia maksudkan tu adalah aku tapi entah la, kerana serik mencuba cinta dengan orang yang baru putus cinta (merujuk kepada perenggan pertama), aku memilih untuk melepaskan dia.. aku sengaja beri nasihat supaya dia terima kembali kekasih lama dia.. walaupun waktu tu peluang aku cerah untuk bersama dia, aku lepaskan sahaja peluang tu.. aku takut kalau dia pilih aku, dia masih tak dapat lupakan kekasih lama dia sama macam kes yang sebelum ni..dan akan berakhir dengan perpisahan yang menyakitkan.



selain tu, aku sebenarnya tak tahu pada waktu tu aku dah mulai sayang dia.. aku sangkakan selama ni perasaan aku pada dia tak lebih dari sekadar suka dan minat.. aku tak jangka langsung yang sebenarnya i've started to fall in love with him... hati aku waktu tu sebenarnye menginginkan suatu perhubungan yang jauh lebih bermakna dari sekadar teman biase.. tapi aku tak memahami kehendak hati aku sendiri... selepas aku lepaskan dia, barulah aku sedar hati aku sakit sangat bila tahu dia mulai tenang disamping orang lain.. sangat-sangat sakit.. pertama kali aku rasa sakit sangat disebabkan seorang lelaki..sebelum ni pernah juga menangis disebabkan lelaki tapi tak pernah sesakit ini...mungkin inilah kali pertama aku betul2 cintakan seseorang..



sakit tu semakin terasa bila aku tahu yang sebenarnya waktu aku lepaskan dia, dia sebenarnya dah tak cintakan kekasih lama dia tapi rasa cinta tu kembali semula hanya selepas aku melepaskan dia... Ya Allah, kalaulah aku tahu sebelum tu, aku takkan lepaskan dia... aku akan pertahankan dia.. dan takkan sesekali aku lepaskan dia...tapi apakan daya, sayang seribu kali sayang, aku sudah pun lepaskan dia dan segalanya sudah terlambat...nasi sudah menjadi bubur.. dia dah merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasih lama dia tu pada bulan Oktober tahun ni juga.. Ya Allah, pedihnya untuk menerima semua ni tapi apalah daya...mungkin antara kami memang tiada jodoh... namun, jauh disudut hati aku, andai dia tidak jadi berumah tangga dengan kekasihnya tu, aku mengharapkan dia kembali ke sisi aku...


aku masih mengharapkan keajaiban walaupun ia jarang berlaku... apapun, aku berharap, aku akan dipertemukan dengan jodoh yang terbaik buatku.. andainya dia bukan yang terbaik dan Allah menginginkan aku bersama dengan seseorang yang lebih baik untukku, aku terima dan redha..InsyaAllah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...