WeLcOmE To My BlOg

jangan segan2 untuk membaca dan tinggalkan komen....!

Assalamualaikum

Sunday, January 8, 2012

Gaduh lagi???

Assalamualaikum w.b....

Semalam, dalam pukul 1 petang aku telefon Ridz. Masa tu dia kat ofis. Dek kerana aku terlalu gemertar nak menghadapi peperiksaan pukul 2 petang tu, aku pun menelefon ketiga2 orang Buddyz aku iaitu mak aku, puksu aku dan juga Ridz..yang aku dah lepaskan pastu menyesal tak sudah tu... Ya, dia la, siapa lagi...aduh, buat-buat tak tahu dan tak faham pulak... Aku rejam kang baru tau..

Ceritanya masa aku telefon dia tu, aku minta dia bagi aku semangat la sebab aku nak pekse. Semalam tu kertas pertama, tu yang debarannya semacam je..huhu.. Kira ok la dia pesan suruh aku baca doa sebelum jawab soalan.. Aku memang buat pun..

Lepas habis je exam tu, belum keluar dewan lagi aku dah mesej dia, punye la lega lepas habis satu kertas tu.. Tak kira la lulus ke tak, janji dah lepas, malas nak kenang-kenang lagi, buat sakit jiwa je..huhu.. Ridz tak balas pun... Dalam pukul 9 malam baru dia balas mesej aku. Rupanya dia tidur daripada petang membawa ke malam... Pastu sakit kepala, memang patut pun... Huhu.. Bukan la suka dia sakit tapi memang tak pelik la kan sakit kepala sebab tidur petang lama sangat.. Nasib baik tak gila lagi... Huhu

Dia cakap dia tengah bad mood sebab dia gaduh ngan Fatin, aku dengar jelah cerita dia. Dengar katanya, Fatin suka ungkit benda2 yang dah lepas.. Aku malas la nak tanya apa yang diungkit takut nanti aku pulak yang kena marah.. Aku nasihat jela dia supaya istigfar banyak2, mandi supaya sejuk sikit..biar bad mood tu tak melarat.. Dia kata nak mandi lepas tengok bola.. Tak kisah la, janji dia nak jugak ber'sms' ngan aku... 



Nak dijadikan cerita pasukan bola yang disokong pulak kalah... Makin tension la Ridz ni.. Nak tak nak dia pergi jugak mandi..

Masa ni macam2 yang aku fikir... Antaranya masa depan dua orang tu. Belum pape lagi dah asyik bergaduh je.. Entah macamane la agaknya kalau dua orang tu kahwin nanti.. Jangan terbang pinggan mangkuk dah la.. huhu..

haha...kalau la bertengkar pun kne ada lesen.. haru dibuatnye...^^
Aku tau, mesti ada yang fikir aku harap dua orang tu berpisah. Yela, entri sebelum ni pun nampak sangat aku cemburu kan... Hurm, tak mampu aku nafikan, sedikit sebanyak terdetik juga niat jahat nak tengok diorang berpisah tapi aku takdelah kejam sangat sampai mendoakan perkara yang tak baik.. Macam yang aku cakap sebelum ni la, kalau jodoh terbaik aku dengan dia, tak ke mana gak, kalau jodoh aku dengan orang lain pun aku terima jugak... InsyaAllah... Manusia cuma boleh merancang dan Allah yang menentukan... Huhu


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...