WeLcOmE To My BlOg

jangan segan2 untuk membaca dan tinggalkan komen....!

Assalamualaikum

Friday, January 6, 2012

Kenapa mesti ada cemburu?

Assalamualaikum w.b..

Entri kali ni berbunyi kenapa mesti ada cemburu?.. Ya, memang boleh teka yang sebenarnya aku memang seorang yang kuat cemburu.. Jangan fikir yang bukan-bukan dulu ye.. Cemburu ini luas skopnya..bukan cinta sahaja ye..

Apa yang aku maksudkan cemburu di sini ialah aku cemburu bila tengok kebahagiaan orang lain.. Pertama, aku cemburu tengok orang yang ada family yang lengkap.. Ada ayah, ada ibu, ada abang, kakak, adik, datuk, nenek..( dan yang sewaktu dengannya). Bila ada mak ayah orang datang melawat kawan-kawan aku kat Shah Alam ni, timbul satu perasaan cemburu.. Kenapa aku takde famili yang macam tu? Kali terakhir mak aku dan pakcik aku (yang paling rapat dengan aku) jejak kaki kat Shah Alam ni pun masa mula-mula hantar aku daftar UiTM. 

Sekarang aku dah dekat 3 tahun kat sini tapi takde pun sape-sape jenguk aku.. Hidup ke, mati ke, kering ke kat sini...Haih, seriously jealous... Tapi sebenarnya aku tak patut ada perasaan tu.. Kenapa? Sebab mak aku tak sihat..Pakcik aku pun takde duit nak selalu jenguk aku, tak macam mak ayah orang lain.. Kata orang ukur baju di badan sendiri.. Jadi aku tak pernah suarakan perasaan aku ni pada sesiapa..

bukan tak suke org kaya, jeles je, sbb satu hari nanti aku pun nk jd kaya gak..^^


Masa cuti sempena bermulanya 'Study Weeks' yang aku tak gunakan sebaiknya tu, aku balik kampung... Bunyi macam nak balik raya je kan, tapi dah memang kenyataan aku tinggal kat kampung, tak malu pun...Yup, I'm a Kampung girl and I'm proud... Berbalik pada cerita asal, mak aku dah bising-bising tanye aku bila konvo.. Ingatkan dia semangat nak tengok aku menggenggam segulung ijazah tapi rupanya dia nak kata yang dia malas nak pergi istiadat konvo tu..Sakit kaki katanya...Ouch, that's really hurt me inside... But as usual, I always smile though my heart was by that time broken into pieces...small small pieces. Aku tak mengalah camtu je, aku pujuk gak dia supaya datang...

Aku cakap, mak bukan pergi Shah Alam jalan kaki pun, kan naik kereta.. Then mak aku tanya, nak naik kereta siapa dan aku tak mampu beri jawapan...Sebabnya family aku memang takde kereta.. Itu pasal la bas dan teksi leh jadi kawan baik aku..huhu..Dah la, tutup citer pasal mak aku tu, nanti kang hujan lebat pulak...Bukan apa, taknak menyusahkan pejalan kaki yang lupa nak bawak payung..^^

Ke3, aku jeles tgok kebahagiaan Ridz ngan Fatin..hurm...it hurts...!

dari kiri: Ridz, Me, Fatin

Kedua, aku cemburu tengok orang yang ramai peminat.. BUKAN ARTIS ok... Yang aku maksudkan kawan-kawan aku yang dianugerahkan rupa yang cantik, kulit yang mulus, yang menawan la senang citer... Bukan la aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni...Aku rendah, tembam, tak berapa nak cerah, dan banyak lagi la ciri2 aku yang aku taknak sebut...Huhu.. Aku cuma cemburu... Kadang-kadang aku berharap aku boleh jadi macam anak itik yang hodoh dan kemudiannya bertukar menjadi seekor angsa yang cantik...Tapi tu angan-angan jelah... Aku cemburu sebab mereka-mereka yang cantik-cantik ini mudah mendapatkan perhatian, ramai yang minat, ramai yang sayang.. Aku cemburu... 



Tapi takpe la, cantik kalau hati tak cantik pun tak guna jugak kan... Kan kan kan? Bagi la aku support, ni baca muka serius macam nak makan orang je...Aku rejam jugak kang.. Hurm.. Oleh sebab aku tak cantik luaran, maka azam aku untuk jadi cantik hati.. Jadi, salah satu sikap yang aku kena buang untuk menjadikan aku cantik hati ialah sikap kuat cemburu aku ni.. Shiuh...! Nyah kau dari dalam hati aku...! Gi jauh-jauh and don't come back...! ( macam la boleh halau macam tu je kan...)

Ok la, aku dah penat menaip, baik aku gi buat apa yang sepatutnya aku buat... Hehe.. Semoga berjumpe lagi dalam episod yang akan datang...! BABAIBYE...(boboiboy da habis..T.T)

Sekian, daaaaaa...

~Salam~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...