WeLcOmE To My BlOg

jangan segan2 untuk membaca dan tinggalkan komen....!

Assalamualaikum

Sunday, December 11, 2011

Ujian mengesan Jin Dalam Badan-RUQYAH SHARIAH

Assalamualaikum....

Dalam post kali ni, aku nak berkongsi cara-cara untuk mengesan kehadiran jin yang menumpang dalam badan kita. Ada antara kita mungkin selalu atau pernah mengalami gangguan dan beranggapan adanya jin yang turut sama menghuni rumah kediaman kita..Tapi tahukah anda bahawa terdapat kemungkinan gangguan tersebut datangnya dari jin yang menumpang dalam badan anda sendiri? Berikut adalah cara-cara untuk mengesan kehadiran jin dalam badan..

Pertama
-mainkan RUQYAH SHARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (durasi=20minit) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

p/s: Elakkan mendengar ketika sedang memandu. (Ini kerana salah satu simptom yang mungkin dialami oleh seseorang yang mempunyai jin dalam badan ialah mengantuk. Memandu dalam keadaan mengantuk boleh membahayakan keselamatan diri anda dan pegguna jalan raya yang lain.)










Langkah 2
-Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik di mulut atau di hati.

Langkah 3
-Perhatikan setelah selesai. Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Di bawah ini ada sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara2 mengetahui adakah kita mewarisi saka.







~bersambung~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...