WeLcOmE To My BlOg

jangan segan2 untuk membaca dan tinggalkan komen....!

Assalamualaikum

Tuesday, March 20, 2012

Hari Kita...25 Disember 2011

Assalamualaikum...w.b

Dah lama rasanya takde entri baru kat blog aku ni...dah lama sebenarnya nak update blog tapi asyik tangguh je sebab nak dapatkan feel gitu... hehe.. Kebetulan malam ni terasa nak update...( Ni pun sebab tak main mesej ngan Ridz...dia takde kredit..katanya bulan ni dia 'kering').

Dalam entri kali ni, aku nak citer la serba sedikit ( panjang lebar sebenarnya..hihi) tentang tarikh-tarikh bermakna sepanjang aku mengenali Ridz.. Sengaje nak abadikan waktu-waktu tu kat sini.. Mana la tau dah tua-tua nanti tetiba terasa nak mengenang saat-saat masih muda ni kan...tgal baca je semula citer yang aku tulis kat sini...hehe.. Maklum la, setahun dua ni memang la aku takkan lupa, tapi kot2 la aku nanti nyanyuk ke...kena langgar kete pastu hilang ingatan ke...sekurang-kurangnya blog aku ni akan membantu aku mengingat saat-saat berharga (tak ternilai pun sebenarnye) tu...

Berikut adalah rentetan kisah hidup aku dengan seorang insan bernama Ridz yang lahir pada 24 April 1987...(ada sebab kenapa aku tulis camtu)

Pertemuan pertama- 25 Disember 2011

Waktu ni Ridz jemput aku kat Larkin waktu aku balik cuti. Dia datang dengan mak dia, 2 orang adik perempuan dan em em... kelu lidah menyebut, kaku jari nak menaip...huhu. Kali pertama jumpe kat belakang McDonald. Aku punye berdebar xyah cakap la, dah macam nak pengsan...siap berpeluh-peluh pulak tu..nsib bek make up tak cair...haha.. First time jumpa, masing-masing kelu...tak tau nak mulakan macam mana.. Tapi pastu dia kenalkan diri.. "Assalamualaikum..hai, saya Ridzuan..". Tu ayat pertama yang kuar dari mulut dia.. :)

Ridz ajak aku gi majlis kahwin kawan baik dia, namanya Ara. Sepanjang perjalanan tu aku tak banyak bercakap...lebih banyak tengok ke luar tingkap kereta... Entah kenapa, hati rasa kosong masa tu... Yelah, em em dia ada kat situ... takkan nak bermesra2an pulak kan...mak dia pun ada sekali...tu yang aku seram...takut tersalah cakap...huhu

Bila dah sampai kat tempat pengantin Ara tu, aku makan sikit je... sebetulnya selera aku memang dah mati masa tu... dah makan hati, tu yang tak selera lagi...uwaaaa....:(

Sebelum balik tu sempat la amek gambar ngan pengantin...



~bersambung pada entri seterusnya...~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...