WeLcOmE To My BlOg

jangan segan2 untuk membaca dan tinggalkan komen....!

Assalamualaikum

Friday, April 6, 2012

Hari Kita...26 Februari 2012 ( Bahagian 2)

---sambungan--

Assalamualaikum w.b...



Alhamdulillah...hari ni aku masih bernafas dan berpeluang lagi meng'update' blog aku yang agak kucar-kacir ni... Perasan tak kat sebelah kiri bahagian atas blog aku ni ada benda alah 'myJodoh'..? Itu bukan aku yang sengaja letak tau... aku pun tak tahu macam mana boleh jadi macam tu.. Ok, enough with that 'thing', let's move on to the main topic as entitled above.

Hurm, untuk pengetahuan pembaca (ada ke yang baca..?), aku ni tak pernah kuar dating.. kalau aku kata tak pernah kuar dengan lelaki tu nampak benor la nipunye kan.. Penah la jugak keluar jumpa lelaki beberapa kali tapi bukan 'dating'.. Yang pertama dlu, jumpe depan sekolah je, cakap2 cket blah..yang kedua jumpa kat Pontian depan kedai yang belum dibuka..dia dalam kete, aku kat luar...(dia ajak masuk tapi aku segan nak masuk sebabnya dia pakai seluar pendek paras peha je masa tu..so, aku kat luar je). Pastu dia nak balik sebab tak solat lagi.. Yang ketiga pulak aku bawak kawan merangkap roomate aku.. Yang keempat aku kuar gi makan je pastu terus balik umah... Hurm..

Yang terkini je aku betul-betul kuar dating... berdua je.. bukan apa, pakcik aku yang sorang ni, yang dok menjaga aku ni payah sungguh nak dapat kebenaran keluar dengan lelaki...pasal tu la aku tak penah dating..tapi syukur la, mungkin memang waktu tu aku tak matang lagi...hehe..

Ni la dia pakcik aku yang jaga aku..

Nak dijadikan cerita, aku kena pergi Larkin untuk beli tiket bas balik Shah Alam sebab cuti semester dah nak berakhir... Ridz ni pulak asyik tanya bila boleh jumpa... So, aku pun plan la camne nak pujuk pakcik aku supaya aku boleh jumpa kekasih hati masa hari aku pergi beli tiket kat Larkin tu... (Aku still respect dia, sebab tu aku pujuk dia, tak berani aku nak kuar tanpa persetujuan dia). Disebabkan umur aku tahun ni dah masuk 23, pakcik aku takde la macam dulu.. Dia beri sedikit kelonggaran.. Dia suruh aku minta kebenaran dengan mak aku..kalau mak aku kata ok, dia tak halang aku.. Agaknya dia pun dah masak dengan perangai aku.. Selagi tak dapat selagi tu aku pujuk..bila dah putus asa, aku memberontak tapi kejap jela..hehe (buruk perangai kan..? hihi).

Aku bagitau mak aku dan mak aku pun tak kisah sebenarnya...maklumlah, dia kalau boleh nak aku cepat-cepat bertemu jodoh.. Aku plan nak gi beli tiket tu masa 26/02/2012. So, 25hb tu Ridz call mak aku untuk minta izin bawa aku jalan2.. Alhamdulillah mak aku ok je.. hehe.. Lepas Ridz call mak aku tu, dia terus call aku... Yang lawaknya Ridz ni punye la nervous nak bercakap ngan mak aku, sampai ke sudah nervous... Masa call aku tu, Ridz masih gugup dengan nafas macam orang baru lari pecut 100 meter..haha..( Jangan marah ye b...hihi..). Call aku semata-mata nak bagitau dia dah call mak aku dan nak bagitau yang dia sangat nervous.. Tapi aku happy.. Rasa Ridz sweet sangat masa tu..^^

B=bee yang sedang berlari.. hihi

----26hb Februari 2012---

Aku kuar dari rumah pukul 9 lebih (pagi)..sampai kat Larkin dalam pukul 11.. sampai je kat sana terus cari tandas sebab rasa macam nak muntah.. Bangla ngan Nepal punya pasal.. Bau semacam je dalam bas tu disebabkan mereka2 ni.. Baik2 aku boleh turun awal kat Pulai Perdana atau Sri Putri, tak jadi nak turun sebab taknak bergesel ngan mereka2 tu.. nanti melekat bau mereka..

Kuar dari tandas tu, aku dah nampak Ridz tengah cari kelibat aku.. Aku pun gi tempat dia..(tempat berdiri k, bkn 'tempat dia' yang macam dalam drama/filem tu). Seperti yang aku minta sebelum keluar dulu, aku pergi beli tiket balik Shah Alam kat kaunter dulu, kemudian baru la kuar jenjalan.



Lepas selesai urusan beli tiket, kami pun menuju ke kereta yang diparkir agak jauh juga sebenarnya.. kena lintas jalan dulu dan... dipendekkan cerita dah masuk dalam kete, dia bagi aku bunga.. walaupun Ridz memang penah cakap dia nak bagi aku bunga (supposedly aku tak tergamam la kan), aku terkelu lidah dan cuma cakap thank you je..pastu diam jap sebab rasa muka start nak blushing tak tentu pasal..haha..(aku ni kan pemalu...bukan gedik ok..!). Nervous sebenarnya.., maklum la..kali pertama kuar berdua je dengan lelaki...kekasih hati pulak tu..^^

Bunga ros merah beserta kad yang Ridz bagi..^^

Ridz tunjuk tangan dia kat aku..aku ingatkan kenapa rupanye dia nak gitau yang tangan dia masih menggigil..haha.. Dia pun nervous jugak rupanye.. Lagi parah pulak tu..haha.. Aku steady je (luaran jela). Kami plan nak gi Jusco Tebrau, makan kat sana then tengok wayang. Aku makan nasi goreng daging, Ridz makan nasi goreng pattaya.. Ridz tegur aku tiup makanan, dia pun tolong sejukkan makanan aku dan suap aku makan...hehe.. sweet memory..^^ Dek kerana nervous, selera aku tak seperti selalu..tak habis makanan tu.. Aku bagi Ridz habiskan..



Pastu kami gi survey cter pe ada tayang hari tu.. tengok waktu rasa cam tak sempat... takut rushing sangat..so, taak jadi tengok wayang, kami terus gi Hutan Bandar..tempat beriadah yang menarik untuk keluarga mahupun pasangan cam kami yang sama2 suke tengok dokumentari cter menatang ngan angin ribut segala..hehe




Ni la dia tempat aku tengok ikan gemuk2 tu.. (abaikan lelaki tu, dia bukan sape2 ye..)

Masa mula2 tu gi tengok ikan... gemok2 ikan sampai aku rasa excited tengok ikan2 tu.. Yang 'spoil' masa tu tetibe ada orang sebut 'ikan Patin'... Argh....! Spoil jela orang tua ni... Aku ngan Ridz, dua2 tersentak bila dengar perkataan 'Patin' tu.. Terus mati mood aku tengok ikan tu dan kami pun gi jalan2 dalam Hutan Bandar tu... macam2 la terjadi dan dibualkan..tak perlu cter kat sini sebab nanti panjang sangat pulak entri aku ni..





Dalam pukul 4:30 petang tu, kami mula la bergerak balik... Ridz ada cakap dengan mak aku nak kuar sampai kul 5:00 petang.. Jadi, 4:30 tu kami bergerak untuk ke Larkin. Kat Larkin tu kami tunggu bas sambil berdiri. Sejujurnya, belum balik rumah pun lagi aku dah mula rasa rindu. Tapi tak cakap la..huhu... Malu nak mengaku.. 

Dalam perjalanan balik tu baru la aku buka dan baca kad yang melekat kat bunga ros tu.. Kat dalam tu tertulis " For Ney, I <3 U, From B"...So sweet.. Aku tak sangka pulak begitu direct ayatnya..huhu...ada lukisan kartun kat dalam tu, konon2nya aku ngan Ridz la. Lepas baca tu terus call Ridz semata-mata nak gitau dah baca kad tu dan cakap I love you too...hehe...^^ 

Isi kandungan kad yang Ridz bagi..

Bila dah sampai rumah tu, perkara pertama yang dibuat selepas tanggalkan tudung ialah terus simpan bunga ros dalam peti sejuk sebab tak nak bunga tu layu.. Punye la sayang kat bunga tu...( kat pemberi bunga lagi la sayang..hehe). Esoknya sesi ambil gambar pulak.. Lepas ambil gambar segala, terus kumpulkan semua benda yang boleh dijadikan kenangan terus simpan dalam dompet.. Bila rindu, boleh tengok kononnya nak jadikan pengubat rindu tapi biasanya yang sebaliknya pulak yang terjadi.. Makin ditengok, makin rindu pulak..huhu..

Tu dia...segala tiket ada.. haha

Hurm, pelik tak bila datingnya 26/2/2012, tapi entri ni cuma dibuat lama lepas tu..? Sebabnya aku cari waktu yang sesuai untuk dapatkan feel nak buat entri kali ni.. Dah berapa kali tertangguh, akhirnya siap jugak entri ni.. ^^

Untuk Ridz yang dikasihi, Thank you so much sebab bagi kenangan2 indah ni.. sangat2 hargai..^^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...