WeLcOmE To My BlOg

jangan segan2 untuk membaca dan tinggalkan komen....!

Assalamualaikum

Thursday, October 1, 2009

sajak: Buat Dia Yang Aku Rindui..

Buat Dia Yang Aku Rindui..
 

Dia..



Ku nantikan bagai berabad lamanya..

Sepi yang aku rasakan

Kini bagai berakar di dalam jiwa

Biar ku cuba berulang kali

Masih juga rasa itu kembali menghantui..



Dia..

Yang aku intai di sebalik lipatan memori

 Mata hatiku bagaikan telah mati

Masakan tidak ku kenal wajah itu walau ku cuba merungkai memori

Apa mungkin kerana aku yang tidak menghargai

Atau kasih yang tak pernah terpatri


Dia..

Tidak mungkin untuk ku lihat lagi

Perginya bukan sekadar meminggir diri

Perginya menyahut seruan Ilahi

Perginya Dia merobek tangkai hati

Menjadikan aku manusia lemah menunggu mati


Dia..

Ku rindu tiap masa dan ketika

Ingin ku laung biar seisi dunia bisa merasakan

Getar hati yang merintih duka

Betapa aku telah kehilangan

Satu-satunya dia yang aku rindui..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...