WeLcOmE To My BlOg

jangan segan2 untuk membaca dan tinggalkan komen....!

Assalamualaikum

Thursday, October 22, 2009

kilafku..

assalamualaikum..

pernah ku dengar bahawa kata hati pertama itu suci

kata hati kedua itu disulami godaan nafsu

dan yang ketiga itu bisikan syaitan..

oleh itu, dalam apa jua keadaan, dengarlah kata hati pertama kerana ada masanya sebelum kita mengetahui tentang sesuatu itu, hati telah pun terlebih dahulu berkata2 tanpa kita sendiri sedari..kata2 yang tidak dapat didengar..hanya mampu dirasai kewujudannya..

mungkin inilah yang dikatakan naluri hati

pernah suatu ketika kita merasa bagai ada sesuatu yang tidak kena tetapi tidak dapat dijelaskan sebab musababnya..

inilah naluri..

aku memang bukan manusia yang sempurna kerana sesungguhnya tiada makhluk yang sempurna di dunia ini.. aku pernah tersilap..kilaf..

kilaf kerana gagal mengikut kata hati yang pertama tetapi telah tersungkur setelah memilih untuk mendengar kata hati kedua..

ku lakukan kekilafan bukan dengan kehendakku..

ku lakukau segalanya dengan harapan aku tidak akan menyesal tetapi sekali ini aku kilaf..

sesalan yang cuba aku hindarkan akhirnya bertapak jua di hati..

mungkin ini bukan seratus peratus kekilafanku..mungkin keputusanku dipengaruhi juga oleh desakan rakan seperjuangan..

tapi tidak akan sesekali aku letakkan kekilafan itu di bahu mereka yang sememangnya hanya mahukan yang terbaik untukku..

aku sedar akan risiko dari keputusanku yang lalu.. aku bertanggungjawab sepenuhnya untuk tiap sesuatu yang aku putuskan..

dan aku akui sesalan ini adalah keputusan dari kilaf yang telah terjadi..

maafkan aku wahai hati yang terluka, kerana tidak mendengar kata2 mu..

aku kilaf..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...