pagi tadi aku ada test IL..mula2 sekali dapat je soalan, semua mengeluh sebab soalan panjang giler... test tu sepatutnya cuma mengambil masa lebih kurang satu jam..tapi disebabkan baca soalan pun dah amek masa yang panjang, maka masanya dipanjangkan menjadi dua jam... fikir punya fikir punya fikir...jawab punya jawab, rupa-rupanya masa tinggal lagi 45 minit...soalan kedua pun tak habis jawab lagi...ada dua lg seolan yang setiap satunya 5 markah..alamak...macamane ni??? dah mula la menggelabah..cuba jawab selaju mungkin...
kemudian, miss buat satu announcement yang menyebabkan jantung aku berhenti berdegup..(sekejap je), miss cakap boleh buka nota...masa ni tak tahu nak rasa gembira ke tak..sebab masa yang ttinggal tak banyak.. tapi, memandangkan miss dah bagi kebenaran, aku pun buka jugak nota aku...nsib baiklah nota aku tu dah sedia ringkas.. cuba jugaklah nak jawab semua soalan walaupun dalam hati ni memang dah tahu tak sempat punye nak jawab semua soalan... tulisan aku yang sebelum tu bulat2 dah berubah...dah jadi tulisan berangkai dah..tak tahu lah miss faham ke tak..harap-harap fahamlah...kalau tak, sia-sia jela aku menulis kelam kabut...huhu...
haa...mcm ni la rupe semua pelajar waktu jwb soalan IL..huhu |
at the end, aku terpaksa juga tinggalkan satu soalan 5 markah...bukan aku sorg je, ramai jugak aku dengar tak sempat jawab soalan terakhir tu...tapi tak apelah, benda dah lepas, nangis air mata darah pun takkan berubah apa-apa...huhu...paling2 pun bila dapat ceritakan kat blog ni hilang sikit rasa terkilan tu...huhu..ok la, setakat ni saje buat waktu ni..sekian.
~Salam~
No comments:
Post a Comment