WeLcOmE To My BlOg

jangan segan2 untuk membaca dan tinggalkan komen....!

Assalamualaikum

Friday, October 23, 2009

Lega..da present BEL..

assalamualaikum..

lega tol lepas present executive summary td.. sebenarnya aku dah prepare nk repeat BEL sebab mse hari sepatutnya aku kne present tu aku x dtg.. bukan kehendak aku pn sebenarnya..nk wat camne lau tiba2 jer mende yang aku nk hantar tu xleh nk print..

nasib baiklah mdm tu willing nk bg aku second chance..dia suh aku dtg tghari td n present.. sebenarnye dia kne attend mende lain tp pasal xnk aku repeat paper dia, dia bg gak masa utk aku present..

tetiba rse cam menyesal lak sebab selalu marah2 dlm hati pasal dia.. ape x nye, dalam byk2 lecturer yg ajar Bel, aku rse dialah mdm yg paling cerewet..hehe..tp mungkin aku yang selama ni x sedar dia wat semua tu utk dapatkan kualiti..

so, dgan terbuka minda dan hatinya aku di sini minta maaf pada mdm..semoga mdm selalu bahagia tanpa ada masalah besar..

thank a lot mdm..if not because of you, and if you are not my Bel lecturer, i might have to repeat the paper..

Thursday, October 22, 2009

sajak: dendamku

bila aku lemah tak berdaya 
bila aku tidak mampu meneruskan langkah
ku bisikkan hatiku akan namamu
ku potretkan wajahmu di mindaku
biar menjadi bara yang membakar api dendamku
ku biarkan sahaja dendam itu bernaung di hati
kerananya aku mampu melangkah dengan hati yang cekal
dengan harapan aku bisa membuka mata hatimu yang buta
dengan harapan aku bisa menewaskan egomu
aku ingin kau tahu
aku tidak lemah seperti tuduhanmu
seperti anggapanmu
namun, bila dendam menjadi landasan kekuatanku
aku terkubur akhirnya..
engkau pergi tanpa pesan
membiarkan aku melupakan dendam ini tanpa bimbingan
aku bagai layang-layang keputusan tali
berterbangan tanpa hala tuju
kerana di hatiku 
hanya ada dendam untukmu
dan bila takdir memanggilmu jauh dari dunia
aku kehilangan
aku sakit sendirian tanpa penawar
engkau ragut kekuatanku bersama pemergianmu
membuat aku dalam kebingungan..
membuat aku sesat dalam belantara dendam
hangus terbakar tanpa bahan dan apinya..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...